(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Chemical Engineering >

Thin layer adsorbent for the removal of methylene blue via brushing, airbrushing and electrospinning / Aiizat Ikhwan Abdul Jalil

Thin layer adsorbent for the removal of methylene blue via brushing, airbrushing and electrospinning_ Aiizat Ikhwan Abdul Jalil _K4_2019_MYMY
PaintosorpTM adalah satu penjerap inovatif yang dicipta untuk penyingkiran pewarna daripada air kumbahan industri. Fokus kajian ini adalah untuk mencari cara untuk menerapkan Paintosorp dengan menggunakan cara berusan, berusan angin dan pemutaran elektrik. Berusan angin menggunakan tekanan udara untuk mengecat PaintosorpTM dalam bentuk titisan kecil dan pemutar elektrik menggunakan sumber elektrik yang tinggi untuk menenun penjerap menjadi serat bersaiz nano. Kebolehan penjerap yang dibuat menggunakan berusan angin dan serat PVB/Bentonite yang dibuat menggunakan pemutar elektrik telah diuji dengan pertukaran kadar pusaran magnet, pH dan kepekatan awal pewarna. Salutan penjerap berusan angin PaintosorpTM mencatatkan kadar penjerapan tinggi dan sedikit terjejas dengan perubahan pH dan kepekatan awal perwarna. PaintosorpTM telah mencatat kadar penyingkiran MB 100% untuk kedua-dua kepekatan rendah (20 ppm) dan tinggi (200 ppm) dalam masa 4 jam pertama dan ianya memberi kesan dengan kadar penyingkiran MB yang rendah apabila diuji dengan pH dan kadar pusaran berlainan. Keupayaan penjerapan PaintosorpTM adalah 45.0 mg/g apabila diuji dengan kepekatan 200 ppm. Serat PVB/Bentonite telah mencatat kadar penyingkiran MB yang rendah apabila dibandingkan dengan PaintosorpTM di mana ia hanya mempunyai kadar penyingkiran MB sebanyak 88% di kepekatan 20 ppm dan 33% di kepekatan 200 ppm. Keupayaan penyingkiran MB untuk serat nano adalah 47.7 mg/g apabila diuji dengan kepekatan 200 ppm. Pertukaran pH dan kepekatan awal pewarna memberi kesan yang jelas dalam keupayaan penyingkiran MB. Serat PVB/Bentonite ini mempunyai kadar penyingkiran MB yang rendah apabila di dalam keadaan asidik dan kadar penjerapan jatuh apabila kepekatan meningkat. Apabila kepekatan meningkat dari 100 ppm ke 200 ppm, kadar penyingkiran MB jatuh daripada 47% kepada 33%. Kadar pusaran mencatatkan kesan yang rendah kepada keupayaan penyingkiran MB serat nano. Pencirian PaintosorpTM berusan angin dan serat PVB/Bentonite dan serat nano telah dilaksanakan menggunakan SEM,EDX dan FTIR. Ia didapati bahawa serat PVB/Bentonite mempunyai lebih banyak liang apabila dibandingkan dengan PaintosorpTM berusan angin tetapi PaintosorpTM berusan angin mempunyai atom Al dan Si yang lebih banyak. Salutan penjerap mengikut isoterma Freundlich manakala serat nano mengikut isoterma Langmuir. Kajian kinetic menunjukkan bahawa kedua-dua salutan penjerap dan serat nano mengikut psuedo-tertib kedua. _______________________________________________________________________ PaintosorpTM is an innovative adsorbent coating that was designed for the removal of dyes from industrial wastewater. This research focuses on the methods of applying PaintosorpTM and PVB/Bentonite via various methods such as brushing, airbrushing and electrospinning. Airbrushing uses air pressure to paint PaintosorpTM in miniscule droplets meanwhile electrospinning utilizes high voltage to weave the adsorbent into nanofibers. The adsorption ability of airbrushed PaintosorpTM and electrospun PVB/Bentonite nanofiber was tested with the change in stirring velocity, pH and initial adsorbate concentrations. PaintosorpTM recorded high adsorption of 100% removal for both low (20 ppm) and high concentrations (200 ppm) in the first 4 hours of the experiment and is affected slightly with the change pH and stirring velocity. The adsorption capacity of airbrushed PaintosorpTM were at 45.0 mg/g when tested with high concentration of MB of 200 ppm. The electrospun PVB/Bentonite nanofiber had lower removal compared to PaintosorpTM where it had only 88% removal of MB at 20 ppm and 33% removal at 200 ppm. The adsorption capacity of the electrospun nanofiber were at 47.7 mg/g when tested with 200 ppm. The changes in pH and initial adsorbate concentrations had significant effect on its MB removal. The PVB/Bentonite nanofiber performs poorly in acidic conditions and the MB removal drops as the concentration increase from 100 ppm to 200 ppm, where the MB removal was at 47% removal to 33% removal respectively. The stirring rate only had slight effect on the nanofiber adsorption ability. The characterization of the airbrushed PaintosorpTM coating and PVB/Bentonite nanofibers were done using SEM, EDX and FTIR. It is found that the nanofiber were more porous than the coating but the coating had higher presence of Al and Si atoms. The airbrushed PaintosorpTM coating fits the Freundlich isotherm model meanwhile the PVB/Bentonite nanofiber fits the Langmuir model. The adsorbent kinetics studies revealed that both the adsorbent coating and nanofiber fits the pseudo-second-order model.
Contributor(s):
Aiizat Ikhwan Abdul Jalil - Author
Primary Item Type:
Thesis
Identifiers:
Accession Number : 875008966
Language:
English
Subject Keywords:
layer adsorbent ; methylene blue via brushing ; airbrushing and electrospinning
Sponsor - Description:
Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia -
First presented to the public:
8/1/2019
Original Publication Date:
12/2/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Chemical Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 114
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-12-02 15:33:17.417
Submitter:
Mohamed Yunus Yusof

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Thin layer adsorbent for the removal of methylene blue via brushing, airbrushing and electrospinning / Aiizat Ikhwan Abdul Jalil1 2020-12-02 15:33:17.417