Kajian ini membincangkan Corak pembuat perjalanan ke pusat membeli belah di
Seberang Perai Selatan. Lokasi yang dipilih ialah pusat membeli belah Billion di Parit
Buntar dan pusat membeli belah Summit di Bukit Mertajam. Maklumat yang diperolehi
mengenai rantaian perjalanan, maklumat pengunjung dan maklumat mengenai pusat
membeli belah itu sendiri. Kaedah yang dijalankan semasa kajian ini ialah kaedah borang
soal selidik secara temuramah. Melalui kaedah borang soal selidik ini tarikan pusat
membeli belah, rantaian perjalanan, ragam pengangkutan, kekerapan dan tempoh
membeli belah dapat ditunjukkan. Keberkesanan ruang meletak kenderaan bagi kereta
dan motosikal juga turut dianalisa. Perbezaan antara kedua-dua pusat membeli belah ini
juga diperhatikan untuk menunjukkan kelebihan dan kekurangan pusat membeli belah.
Selain itu, perbezaan sikap antara lelaki dan perempuan dalam membeli belah juga dapat
diperhatikan. Perempuan memperuntukkan tempoh masa membeli belah yang lama
berbanding lelaki. Selain itu analisa juga menunjukkan perbezaan dan persamaan
terhadap kajian-kajian yang pernah dibuat mengenai pusat membeli belah. Rantaian
perjalanan iaitu dari rumah – pusat membeli belah – rumah merupakan rantaian
perjalanan tertinggi yang dibuat oleh pengunjung samada lelaki atau perempuan. Selain
itu pengunjung lebih suka membeli belah berdekatan dengan tempat tinggal dan barangan
yang di sediakan oleh pusat membeli belah adalah pelbagai dan senang didapati. Faktorfaktor
ini merupakan tarikan utama pengunjung untuk pergi membeli belah. Dengan
adanya maklumat ini memberi gambaran tentang pengunjung, rantaian perjalanan dan
tarikan pusat membeli belah itu sendiri.
_______________________________________________________________________________________________________
The purpose of this report is to present on the research entitled “Study on Travel
Behavior of Shopping Trip makers in Seberang Perai Selatan”. The selected location is
the Billion malls in Parit Buntar and The Summit in Bukit Mertajam. Information
regarding the path taken to these malls, the visitors and the information of the malls
themselves were gathered. The methods applied during the research were using
questionnaires with interviews. Through the questionnaire, information regarding the
types of transport, the frequency and the duration of visits are analyzed. The effectiveness
of the vehicles parking facility is also analyzed. The differences between the two malls
are observed to show the advantages and disadvantages that they have. Other than that,
the time the male and female visitors spent at the malls is also recorded and generally
females spend more time for shopping. Other than that, analysis serves to show the
different and similarity of all the researches that have been done before about shopping
malls. After that home – mall – home is the highest trip pattern that was taken by the
visitors, men and women. It was found that visitors to the mall prefer shopping at a place
convenient to them, malls that are nearer to their home and that offer the range of
merchandise that they want. These factors are the main attraction for these visitors to
come and visit the malls. From this information, it given a rough perspective on the
visitors, the path taken and the attractions of the shopping complex.