Tujuan utama kajian ini ialah untuk mendapatkan kaedah termudah di dalam pencarian fungsi pindah. kaedah-kaedah yang digunakan terdiri daripada Kaedah Mason dan Kaedah Rangkaian Dua-Pelabuhan (Parameteer ABCD). Walau bagaimanapun, salah satu daripada kaedah tersebut adalah lebih mudah. Dalam kaedah Mason, Graf aliran Isyarat (GAI) perlu dibentuk terlebih dahulu derdasarkan persamaan-persamaan nod dan gelung yang didapati daripada rangkaian penghantaran (litar elektrik) yang diberikan. Manakala, dalam Kaedah Parameter ABCD, matriks pindah rangkaian setiap unsur perlu dibentuk terlebih dahulu. Dalam kes tertentu, mungkin Kaedag Mason lebih mudah berbandingan dengan Kaedah Parameter ABCD ataupun sebaliknya. Tetapi untuk tujuan pengaturcaraan (software), Kaedah Parameter ABCD adalah lebih mudah.
Kaedah Mason dan Kaedah Rangkaian Dua-Pelabuhan (Parameteer ABCD; Graf aliran Isyarat (GAI) perlu dibentuk terlebih dahulu derdasarkan persamaan-persamaan nod dan gelung yang didapati daripada rangkaian pengahantaran (litar elektrik) yang diberikan. Manakala, dalam Kaedah Parameter ABCD, matriks pindah rangkaian setiap unsur perlu dibentuk terlebih dahulu.; untuk tujuan pengaturcaraan (software), Kaedah Parameter ABCD adalah lebih mudah.