(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Electrical & Electronic Engineering >

Vibration monitoring using smart data node / Wong Mun Lik

Vibration monitoring using smart data node_Wong Mun Lik_E3_2014_NI
Sistem pemantauan getaran untuk mesin adalah penting dalam industri kejuruteraan bagi memastikan mesin berada dalam keadaan baik. Rutin pemantauan adalah untuk mengumpul data getaran dengan menggunakan sensor dan memproses data dari domain masa ke dalam domain frekuensi. Biasanya, setiap mesin yang mahal seperti pendingin, mesin pembuatan secara automatik dan motor penjana elektrik memerlukan perkhidmatan pemantauan getaran dari semasa ke semasa untuk memastikan mesin berfungsi pada tahap yang optimum tanpa mengalami apa-apa kerosakan. Pada masa kini, sistem pemantauan getaran adalah mahal dan memerlukan alat analisis yang membebankan dan juga rumit. Oleh itu, objektif projek ini adalah untuk membina sebuah sistem terbenam yang murah dan mudah alih untuk sistem pemantauan getaran. Sistem terbenam ini termasuk model ADC AD7606-4, Nuvoton NUC140-LB mikorpengawal dan alata pengesan pecutan. Isyarat input sistem tersebut diperoleh daripada alat pengesan pecutan dan akan disampel oleh ADC menjadi data digital. Seterusnya, data digital ini akan disimulasikan dengan menggunakan modul pengaturcaraan MATLAB dalam komputer. Ketepatan data yang dikumpul akan disahkan dengan membandingkan hasil simulasi dalam MATLAB dengan keputusan yang ditunjukkan dalam osiloskop. Kesimpulannya, objektif utama projek ini telah tercapai. Kos pembinaan sistem ini adalah RM583.30 iaitu 27% kurang daripada bajet pembangunan. Di samping itu, objektif sekunder juga tercapai dengan had. Penanda aras ketepatan untuk sistem pemantauan getaran ini ialah 95%. Keputusan telah menunjukkan bahawa sistem pemantauan getaran ini adalah tepat dan konsisten hanya untuk isyarat DC di bawah -2V dan ke atas +2V dan untuk isyarat AC dari 1Hz sehingga 600Hz. ______________________________________________________________________________________ Vibration monitoring system for machine is important in engineering industry as to ensure that the machine is in good condition. Routine of the monitoring is to capture vibration data using sensor and process the data from time domain into frequency domain. Normally, every expensive machines such as chiller, automated manufacturing machine and motor-driven generator requires regular vibration monitoring service to make sure the machine is running at optimum performance without suffering from any damage. Nowadays, vibration monitoring systems are costly and require cumbersome analysis tools. Therefore, the objective of the project is to build an embedded system for vibration monitoring system at low cost and portable. This embedded system includes ADC model AD7606-4, Nuvoton NUC140-LB microcontroller board, and accelerometer. The input signal of the system is acquired from accelerometer and sampled by the ADC. The data is simulated by using MATLAB programming module in computer. The accuracy of the data captured is verified by comparing the simulation result in MATLAB with the result shown in oscilloscope. In conclusion, the primary objective of this project was achieved. The cost of building this system is RM583.30 which is 27% less than the development budget. Besides that, the secondary objective was also achieved with limitation. The benchmark of accuracy for this vibration monitoring system is 95%. The results have shown that the vibration monitoring system is accurate and consistent only for DC signal below -2V and above +2V and for the AC signal from 1Hz up to 600Hz.
Contributor(s):
Wong Mun Lik - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Language:
English
Subject Keywords:
machine ; vibration; chiller
First presented to the public:
1/6/2014
Original Publication Date:
12/3/2019
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Electrical & Electronic Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 77
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2019-12-04 11:33:16.82
Submitter:
Nor Hayati Ismail

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Vibration monitoring using smart data node / Wong Mun Lik1 2019-12-04 11:33:16.82