Stetoskop Pengajar merupakan salah satu peralatan bioperubatan terbaru yang direka dalam projek ini. Implimentasi projek ini meliputi aspek perkakasan dan perisian. Secara amnya, projek ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu penguatan isyarat, penghantaran tanpa talian dan pemaparan pada komputer. Antara komponen yang terlibat dalam rekabentuk perkakasan adalah stetoskop, mikrofon, penguat peralatan, litar penimbal, litar pengamir, litar penuras laluan rendah, litar penguat audio dan pembesar suara. Bahagian perkakasan merupakan bahagian yang terpenting dalam projek ini dimana isyarat akan ditangkap menerusi mikrofon dan akan dikuatkan dengan litar penguat peralatan. Isyarat tersebut kemudiannya akan dituras menerusi litar pengamir dan litar penuras laluan rendah kebawah 200Hz untuk mengurangkan hangar. Terdapat dua kaedah untuk memaparkan isyarat pada komputer iaitu dengan perisian MATLAB dan mikropengawal 89C51. Isyarat analog ini akan ditukarkan kepada isyarat digital menerusi ADC sebelum ia dihantar ke mikropengawal. Dengan penggunaan mikropengawal 89C51, perisian LABVIEW telah digunakan untuk pemaparan isyarat denyutan jantung. Kaedah kedua merupakan penyambungan perkakasan kepada komputer menerusi bicu mikrofon dan dipaparkan menerusi perisian MATLAB dalam bentuk isyarat denyut. Penghantaran tanpa talian meliputi implimentasi penghantar FM dan penerima FM. Akhir sekali, isyarat keluaran daripada penerima FM akan dikuatkan menggunakan penguat audio agar dapat didengar melalui pembesar suara.
_________________________________________________________________________________________
Teaching Stethoscope is one of the latest biomedical gadgets which have been constructed in this project. This project is implemented by constructing hardware and software design. Basically, this project is divided into three categories which are signal amplification, wireless transmission and computer display. The components that involve in constructing hardware are stethoscope, microphone, instrumentation amplifier, buffer, integrator, low pass filter, audio amplifier and speaker. This part is the heart of the project whereby the signal will be captured through microphone and amplified with the instrumentation amplifier. It will be then filtered by an integrator and low-pass circuit below 200 Hz to reduce the noise. There will be two approaches of displaying the signal in the computer which is MATLAB and Microcontroller 89C51. This analog signal will be converted to digital signal by ADC before it is sent to the microcontroller. By using microcontroller 89C51 as data connection heart pulse are shown in LABVIEW software. The second option will be connecting the hardware to computer through microphone jack and display it through MATLAB in a pulse form. Wireless transmission involves the implementation of FM transmitter and FM receiver. Finally, output signal from the FM receiver will be amplified by using audio amplifier to be heard through the speaker.