(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Electrical & Electronic Engineering >

Kajian terhadap peralatan yang digunakan di kuari dan kesannya terhadap perjalanan yang cekap di kuari / Haizam Hamidun

Kajian terhadap peralatan yang digunakan di kuari dan kesannya terhadap perjalanan yang cekap di kuari_Haizam Hamidun_E3_2007_NI
Pengkuarian adalah peringkat permulaan untuk memperolehi bahan mentah bagi proses hiliran industri lain. Justeru itu, suatu kajian telah dijalankan bagi membuktikan keadaan sebenar keupayaan jentera-jentera dan peralatan serta pengaruhnya terhadap proses yang cekap di kuari. Kajian dibuat di kuari Lafarge Malayan Cement Rawang Works, Rawang Selangor. Operasi di kuari termasuklah peletupan, pemunggahan, penghancuran, penskrinan, pengangkutan dan penyimpanan stok. Peringkat awal kajian berkisar kepada kajian terperinci jentera dan alat yang digunakan di kuari iaitu dari segi spesifikasi serta masalah yang biasa dihadapi oleh pemandu semasa mengendalikan jentera dan alatan ini. Beberapa aspek kecekapan dibincangkan juga seperti aspek ketersediaan, faktor operasi kerja (JOF), penggunaan, kitaran masa dan produktiviti. Keputusan yang diperolehi adalah berdasarkan keadaan semasa sebenar di kuari. Dari keputusan yang diperolehi dan penilaian yang telah dibuat maka diketahui bahawa kecekapan jentera dan peralatan di kuari Lafarge adalah tidak optimum dan masih boleh ditingkatkan. Faktor-faktor lain seperti cuaca, tenaga kerja dan penyelenggaran alat serta jentera juga turut memberi kesan langsung kepada produktiviti sesebuah kuari. _________________________________________________________________________________________ Q uarrying is the first stage in producing the raw-material for downstream process in other industries. So a study is carried out to prove the actual ability of quarry machineries and equipments and its effect for efficient running of the quarry. The study is made at Lafarge Malayan Cement Rawang Works quarry , Rawang Selangor. Quarry operation include blasting, loading, transportation, dumping, screening and stockpile. Initially the study is made on the details of each machinery and equipment used in the quarry, in term of its specification and the problems faced during daily operation. Various aspects of efficiencies are discussed that relates to availability , Job Operational Factor (JOF), utilization, cycle time and productivity. All results was actual and current condition in the quarry. All results were used for detail calculation and evaluation was made. From here, the efficiencies of the machineries and equipments were known in not at optimum and can still be improved. Other factors such as weather, labour and maintenance can give direct impact on the productivity of the quarry.
Contributor(s):
Haizam Hamidun - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Language:
English
Subject Keywords:
Quarrying; blasting; dumping; screening and stockpile.
First presented to the public:
3/1/2007
Original Publication Date:
9/14/2018
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Electrical & Electronic Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 102
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2018-09-14 16:30:09.875
Date Last Updated
2019-01-07 11:24:32.9118
Submitter:
Nor Hayati Ismail

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Kajian terhadap peralatan yang digunakan di kuari dan kesannya terhadap perjalanan yang cekap di kuari / Haizam Hamidun1 2018-09-14 16:30:09.875