(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Modelling of park and ride programme for penang bridge express shuttle transit (best) / Mustaqin Alpi

Modelling of park and ride programme for penang bridge express shuttle transit (best)_ Mustaqin Alpi_A9_2017_MYMY
Pada masa kini, kebanyakan bandar-bandar besar di Malaysia berhadapan dengan masalah kesesakan lalu lintas terutamanya pada waktu-waktu puncak. Pertambahan bilangan kenderaan di jalan raya di Malaysia menjadikan masalah ini semakin besar. Oleh kerana kapasiti jalan raya yang sedia ada tidak dapat menampung beban kapasiti kenderaan, keadaan traffik menjadi lebih teruk. Sebagai contoh, pengguna jalan raya perlu mengambil masa yang lama dalam perjalanan setiap hari dan ini adalah perkara yang menyebabkan produktiviti dan kualiti hidup terjejas. Oleh itu, penggunaan pengangkutan awam adalah sangat penting bagi mengatasi masalah ini. Walaubagaimanapun, sistem pengangkutan awam terlebih dahulu perlu dilengkapkan, dinaiktaraf dan berkesan supaya dapat menarik pengguna yang ramai. Penggunaan konsep Park and Ride masih belum meluas dipraktikkan di Malaysia. Kebanyakan penggunaan sistem Park and Ride ini adalah melibatkan sistem Rel. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah bekerjasama dengan Rapid Penang bagi memperkenalkan konsep bas baru untuk program Park and Ride yang digunakan khas untuk pekerja-pekerja kilang di kawasan Free Trade Zone (FTZ) di Bayan Lepas. Tujuannya adalah untuk mengurangkan tahap kesesakan lalu lintas terutama di Jambatan Pulau Pinang, mengurangkan bilangan kenderaan persendirian yang memasuki Pulau Pinang dan juga menggalakkan penggunaan pengangkutan awam di Pulau Pinang. Perkhidmatan ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan telah dilaksanakan sejak Mac 2011. Kajian ini dijalankan untuk melihatprestasi program Penang Bridge Express Shuttle Transit (BEST) sedia ada dan juga membangunkan model penggunaan sistem Park and Ride.Hasil kajian menunjukkan program BEST FTZ ini telah berjaya. Secara keseluruhannya program ini mencapai 60%-70% penggunaan daripada sasaran Kerajaan Negeri iaitu seramai 1000 pengguna sehari. Kajian ini menunjukkan terdapat tiga faktor utama yang mempengaruhi penggunaan program BEST FTZ ini, iaitu masa perjalanan dan kos pengangkutan, lokasi perhentian bas dan infrastruktur yang menyokong sistem pengangkutan awam. Akhir sekali, hasil daripada kajian ini satu model yang boleh digunakan untuk membuat anggaran penumpang bagi penggunaan program BEST FTZ di masa hadapan telah dibangunkan. Namun begitu, berdasarkan prestasi sedia ada, terdapat ruang dan peluang bagi menambahbaik perkhidmatan ini disamping mendapat input terus daripada pengguna dalam mengetahui masalah dan cabaran sebenar dilapangan. Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga ingin mencari formula yang terbaik untuk mengekalkan dan meningkatkan tahap penggunaan perkhidmatan ini. _______________________________________________________________________ Currently, most big cities in Malaysia are confronted with traffic congestion, especially during the morning and evening peak hours. This may be attributed to the nation’s rapid growth in vehicle population. As the existing road capacity is unable to accommodate the vehicle capacity, the traffic situation is getting worse. Drivers have to face longer travel times on a daily basis, and this adversely affects productivity, and quality of life. The role of public transport is very essential in solving this problem. However, the public transport system must be in place and it has to be efficient to attract the public. In Malaysia, the Park and Ride concept is quite new. Currently, the Park and Ride system is mainly applied to rail based public transport. The Penang State Government is collaborating with Rapid Penang for a new bus service concept with the Park and Ride program especially for factory workers in the Free Trade Zone (FTZ) area in Bayan Lepas. The purpose of this program is to reduce the severity of traffic jams especially on the First Penang Bridge to reduce the number of private vehicles entering Penang and also to promote the usage of public transport in Penang. This service is fully subsidized by the Penang State Government and has been operating since March 2011. This study was conducted to see the performance of the existing Penang Bridge Express Shuttle Transit (BEST) program and also to develop the Park and Ride model.The results show that the BEST FTZ program has been successful, as a whole, reaching 60%-70% of Penang State’s target of 1,000 users per day. The study also shows that there are three main factors affecting the use of this BEST FTZ program, namely; travel time and transportation cost, bus stop location and infrastructure supporting the public transport system. Finally, as a result of this study, models that can be used to estimate the future usage of BEST FTZ program were developed. However, based on existing performance, there is room for improving this service as well as getting direct input from users in real-time problems and challenges. At the same time, the Penang State Government is looking for the best formula to maintain and improve the level of use of this service.
Contributor(s):
Mustaqin Alpi - Author
Primary Item Type:
Thesis
Identifiers:
Accession Number : 875008899
Language:
English
Subject Keywords:
congestion; collaborating; BEST FTZ
Sponsor - Description:
Pusat pengajian Kejuruteraan Awam -
First presented to the public:
12/1/2017
Original Publication Date:
9/22/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 109
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-09-22 14:22:23.608
Submitter:
Mohamed Yunus Yusof

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Modelling of park and ride programme for penang bridge express shuttle transit (best) / Mustaqin Alpi1 2020-09-22 14:22:23.608