Kerajaan telah telah membangunkan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) untuk jurutera-jurutera rekabentuk sejak tahun 1990-an. MSMA memperkenalkan kaedah baru dalam menangani masalah air larian dengan mengawal air larian di peringkat awal. Keputusannya boleh mengawal kualiti dan kuantiti air secara efektif. Kaedah penyusupan ialah cara yang boleh merealisasikan objektif MSMA. Projek ini memaparkan variasi kadar penyusupan di Kuala Lumpur. Kajian ini dijalankan dengan berpandukan 55 buah laporan kajian tanah tanpa menjalankan eksperimen dijalankan di tapak. Borehole dan ujian makmal yang dicatatkan dalam laporan dirujuk untuk menklasifikasikan jenis tanah di tapak. Setelah itu, kadar penyusupan ditentukan berpandu kepada jadual kajian oleh USDA. Peta penyusupan dibangunkan dengan bantuan program SURFER. Dalam keputusan yang diperolehi, beberapa tapak kajian dijangka sangat sesuai untuk dijadikan tapak untuk mengaplikasikan kaedah penyusupan. Tempat-tempat ini ialah National Theatre, Hospital Kuala Lumpur, Bricksfield HQ, DBKL club, Jalan Bukit Bintang, Cheras Batu 2 ½. Satu kajian statistic dijalankan dengan program GS+ untuk menentukan variasi data yang digunakan. Dalam kajian ini, nilai-nilai penyusupan yang direkod tidak menunjukkan nilai sebenar di tapak kerana keputusan adalah berpandu kepada jadual yang dibangunkan oleh USDA (US department of Agriculture).
_______________________________________________________________________________________________________
The government has developed new guidelines to designer of stormwater management since 1990’s. The Malaysian Stormwater Management Manual (MSMA) introduced new method in controlling rainfall runoff by source control. The result is a controlled runoff considering both quantity and quality. Infiltration is an important tool in visualizing the objectives of MSMA. This study addresses the spatial variability of infiltration rates in the area of Kuala Lumpur. The study is base on site investigation reports on 55 locations, which means this is an off-site study. Borehole log and laboratory results provide data in soil type decision making. The steady state infiltration rate is base on USDA study recommendations. Contour maps is then prepared by using SURFER surface mapping programme. The infiltration variability map shows a few possible potential infiltration practicing area, namely National Theatre, Hospital Kuala Lumpur, Bricksfield HQ, DBKL club, Jalan Bukit Bintang, Cheras Batu 2 ½. A geostatistical analysis was performed to investigate spatial autocorrelation of infiltration data using GS+ software. This study do not provide exact value of infiltration contour. It is a result of study references and recommendation value.