Udara merupakan komponen yang sangat penting kepada kehidupan benda hidup
seperti manusia, haiwan dan tumbuhan. Namun pencemaran udara yang berlaku semakin
serius apabila kandungan bahan pencemar meningkat dalam udara. Terdapat pelbagai jenis
bahan pencemar seperti karbon monoksida, nitrogen dioksida, hidrokarbon, sulfur dioksida
dan partikel terampai. Bahan pencemar ini disebarkan daripada pelbagai sumber seperti
kenderaan bermotor, industri dan pembakaran terbuka. Skop kajian projek ini adalah
tertumpu kepada jenis bahan pencemar iaitu partikel terampai bersaiz kurang daripada 10μm
dan sulfur dioksida di kawasan Prai,Pulau Pinang. Prai merupakan salah satu kawasan
perindustrian di Malaysia dan sektor perindustrian memberi sumbangan yang besar terhadap
pencemaran di kawasan ini. Kajian dijalankan terhadap kepekatan partikel terampai bersaiz
kurang daripada 10μm melalui data daripada bulan Januari sehingga Ogos dan sulfur
dioksida berdasarkan data dari bulan Januari sehingga Jun. Bagi partikel terampai bersaiz
kurang daripada 10μm, nilai purata adalah dalam lingkungan 61μg/m³ sehingga 93μg/m³,
nilai tertinggi adalah 540μg/m³ dan nilai terendah adalah 7μg/m³. Bagi Sulfur dioksida pula
nilai purata adalah dalam lingkungan 0.014ppm sehingga 0.025ppm, nilai tertinggi adalah
0.147 ppm dan nilai terendah adalah 0 ppm. Nilai r² bagi PM10 dan SO2 adalah 0.0097
bagi hari biasa dan 0.2927 untuk hujung minggu. Ini menunjukkan perubahan SO2 tidak
mempengaruhi perubahan PM10.
_______________________________________________________________________________________________________
Quality of air is a very important component to human beings, animals
and plants. But, nowadays air has become polluted seriously and the amount of the air
pollutants increasing in the air. There are many types of air pollutants such as carbon
monoxide, nitrogen dioxide, hydrocarbon, sulphur dioxide and particulate matter.
These air pollutants are contributed by many sources such as motor vehicles, industry,
and open burning. The scope of this research is about particulate matter up to 10μm and
sulphur dioxide in Prai, Pulau Pinang. Prai is one of the industrial areas in Malaysia
and this sector contributed large effect to the pollution of this area. These studies are
done on the concentration of particulate matter (PM10) by analysis the data from
January till August and for sulphur dioxide (SO2) the data given from January till Jun.
For PM10 the mean values ranging from 61μg/m³ up to 93μg/m³, maximum value is
540μg/m³ and minimum value is 7μg/m³ and for SO2 the mean values ranging from
0.014 ppm up to 0.025 ppm, maximum value is 0.147 ppm and minimum value is 0
ppm. The value of correlation (r²) between PM10 and SO2 is 0.0097 for weekdays and
0.2927 for weekends which indicates that there is poor correlation between PM10 and
SO2.