(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Kekuatan tanah campuran (tanah laterit dengan kandungan pasir tertentu) diuji dengan menggunakan kaedah macintosh, piezocone, ketumpatan di tapak dan ketumpatan relatif

Kekuatan tanah campuran (tanah laterit dengan kandungan pasir tertentu) diuji dengan menggunakan kaedah macintosh, piezocone, ketumpatan di tapak dan ketumpatan relatif / Mohd Herzi Che Hussin
Objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk mendapatkan kombinasi campuran terbaik antara laterit dan pasir yang memberikan bacaan Nisbah Galas California (NGC) yang paling maksimum. Di dalam ujian yang melibatkan nisbah campuran laterit-pasir, setiap campuran diuji ketumpatan kering, kandungan lembapan optimum, NGC dan rintangan piezocone. Ujian Proctor piawai digunakan bagi mengukur kandungan lembapan optimum dan ketumpatan kering maksimum. Kandungan lembapan ini kemudian digunakan di dalam ujian NGC dan piezocone. Daripada keputusan yang terhasil, didapati terdapat 2 puncak di dalam graf peratus kandungan pasir melawan NGC di mana nisbah pencampuran yang diuji dapat membaiki kekuatan campuran. Di dalam ujian NGC, dua puncak yang terhasil adalah pada campuran 50% dan 72% pasir. Ketumpatan kering maksimum yang terhasil dari ujian Proctor piawai mendapati satu puncak di mana 60% pasir dicampurkan. Bacaan proba Mackintosh pula secara amnya meningkat dengan meningkatnya kandungan laterit. Rintangan hujung kon maksimum bagi ujian piezocone pula memberikan bacaan pada campuran 60% pasir, bagaimanapun geseran piezocone pula berada pada tahap maksimum pada campuran 10% pasir. Berdasarkan ujian-ujian yang telah dijalankan, ketumpatan kering maksimum berkurangan dengan kandungan lembapan optimum, dari julat 10% hingga 12.5% _______________________________________________________________________________________________________ The main objective of this research is to set the best combination for the mixture of laterite dan sand for maximum California Bearing Ratio (CBR) reading. In the experiment involving sand-laterite mix ratios, each mix were tested for dry density, optimum moisture content, CBR and the piezocone resistance. Standard Proctor test is used for measuring optimum moisture content and maximum dry density. The moisture content will then be used in the CBR and the piezocone tests. It was found there are 2 peaks in the sand percentage versus California Bearing Ratio curve which suggests that any of the two sand-laterite mix ratios would improve strength of the mix. In the CBR test, the two peaks correspond to sand contents of 50% and 72%. For maximum dry density using standard Proctor, single peak correspond to an optimum moisture content of 60%. Mackintosh reading generally increase with increasing laterite content, at maximum dry density of mix ratios. The maximum tip resistance of the piezocone test corresponds to a sand content of 60%, however the sleeve friction was maximum at 10% sand content. Taking considerations of all mix ratios, maximum dry density reduces with optimum moisture content, which range from 10% to 12.5%.
Contributor(s):
Mohd Herzi Che Hussin - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875002763
Language:
Bahasa Melayu
Subject Keywords:
(DAF); solid-liquid;
First presented to the public:
3/1/2006
Original Publication Date:
9/10/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 132
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-09-10 17:35:29.708
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Kekuatan tanah campuran (tanah laterit dengan kandungan pasir tertentu) diuji dengan menggunakan kaedah macintosh, piezocone, ketumpatan di tapak dan ketumpatan relatif1 2020-09-10 17:35:29.708