Pada masa sekarang, HVDC digunakan untuk menghantar kuasa yang besar pada jarak yang jauh atau untuk sambungan antara sistem tak serentak dan penghantaran elektrik kuasa dalam air. Sistem ini telah menjadi sebahagian daripada sistem penghantaran elektrik kuasa di seluruh dunia. Hal ini kerana sistem HVDC ini mempunyai banyak kebaikan jika dibandingkan dengan sistem arus ulang-alik HVAC. Objektif pada kajian ini adalah untuk mengkaji penggunaan HVDC dan sebab-sebab menggnakan sistem HVDC. Selain itu,teori-teori asas tentang sistem HVDC telah dipelajari dan dikaji dalam kajian ini. Di samping itu, satu kajian tentang sistem yang menggunakan HVDC antara Sabah/Sarawak dan Semenanjung Malaysia juga dirangkumi. Kes kajian ini telah dipilih kerana sistem penghantaran ini akan menjadi sistem penghantaran kuasa yang paling jauh di dunia dan akan membawa banyak faedah kepada negara. Sistem penghantaran ini akan dijalankan di negara ini secepat mungkin. Analisa dan perbincangan mengenai kes kajian ini telah dilakukan berdasarkan teori-teori yang dipelajari.
___________________________________________________________________________________
Nowadays, High voltage direct current (HVDC) is used to transmit large amounts of power over long distances or for interconnections between asynchronous grids and underwater or submarine transmission. It has become an integral part of the delivery of electricity in many countries throughout the world. This is because there are a number of advantages over AC transmission system in certain cases. The objectives of this literature survey are to study the application of HVDC and the reasons of using HVDC in transmission system. Some basic theories related to HVDC are also examined and analyzed in this survey. A case study on the Sabah/Sarawak-Peninsular Malaysia interconnection HVDC transmission system is discussed. This case study on the project is chosen because this transmission system will be the longest transmission system on the world and will benefit to Malaysia. This transmission system will launch in Malaysia soon. The analysis and discussion on the case study are done based on the theories studied.