Kecederaan dan kemalangan jalan raya semakin meningkat setiap tahun. Kebanyakan kemalangan berpunca daripada gangguan ketika memandu. Gangguan ketika memandu ialah sebarang aktiviti selain daripada aktiviti asal iaitu memandu. Semua jenis gangguan termasuk, terganggu menghantar dan menggunakan telefon pintar, makan dan minum, bercakap kepada penumpang, berdandan, membaca (termasuk peta), menggunakan sistem navigasi, menonton video, membetulkan radio, pemain CD, atau pemain MP3. Sehingga kini, tiada kajian mendalam yang memfokuskan gangguan ketika memandu di Malaysia. Oleh itu, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti persepsi pemandu terhadap gangguan ketika memandu dengan menggunakan borang soal selidik berdasarkan “Susceptibility to Driver Distraction Questionnaire (SDDQ)”, untuk menganalisa gangguan yang dialami oleh pemandu berdasarkan tugasan tambahan yang diberi di dalam kajian eksperimen ini juga bertujuan mengkaji hubungan di antara faktor-faktor sosio-demografi pemandu dengan gangguan pemandu berdasarkan SDDQ dan kajian eksperimen. Keputusan daripada kajian ini menunjukkan kebanyakan pemandu yang terlibat dengan gangguan ketika memandu dipengaruhi oleh faktor psikologi seperti tahu kawal kelakuan terutama untuk gangguan secara sukarela. Membetulkan radio dan menghantar pesanan telefon telah dikenalpasti sebagai gangguan yang paling tinggi dikalangan responden. Hal ini berdasarkan jumlah gangguan pandangan mata responden dari fokus kearah jalan raya ketika melakukan tugasan ini. Tambahan pula, menghantar pesanan telefon juga diakui sebagai tugasan paling mengganggu fokus pemanduan bagi 19 daripada 21 jumlah responden. Hubungan di antara sosio-demografi dan gangguan pemanduan berdasarkan SDDQ dan tugasan eksperimen menujukkan umur dan jantina sebagai parameter yang mempengaruhi semua soalan di dalam SDDQ dan tugasan eksperimen.
_______________________________________________________________________________________________________
The road traffic accidents and injuries were increased by each year. Mostly the accidents that occurred will involving the distracted drivers while driving. Distraction while driving is any activity that could divert a person's attention away from the primary task of driving. These types of distractions including texting, using a smartphone, eating and drinking, talking to passengers, using a navigation system, adjusting radio, CD player, or MP3 player. Until now, there is no in depth study that focusing on the distraction while driving in Malaysia. Therefore, the objective of this study is to identify the drivers’ perception toward distraction while driving by using questionnaire survey based on Susceptibility to Driver Distraction Questionnaire (SDDQ), to analyze the driving distraction based on the secondary task given in the experimental survey and to determine the relationship between socio-demographic factors with drivers’ distraction based on SDDQ and experimental tasks. The results from this study showed that the most drivers have involved in driving distraction influenced by perceived social norms toward voluntary distraction. Radio-operating and phone texting were identified as the most distraction tasks among the respondents involved in this study. It is based on the total eye glance of the respondent from their focus in this tasks. Furthermore, phone texting also be ranked as the most distracting tasks by 19 respondents out of 21 number of respondents. The relationship between socio-demographic with drivers’ distraction based on SDDQ and experimental tasks show that age and gender as the influenced parameter that correlated with all the question in SDDQ and experimental tasks.