Centella asiatica selalunya digunakan sebagai rempah dan herba dalam perubatan kerana mempunyai kandungan antioksidan dan jumlah kandungan fenolik yang sangat tinggi. Air, metanol dan etanol telah digunakan bagi menganalisis data mengenai aktiviti antioksida dan kandungan fenolik. Etanol mempunyai jumlah aktiviti DPPH yang paling tinggi pada jam yang ke 7 iaitu 65.06 % (IC50=291.00 mg/ml) diikuti oleh air yang berjumlah 63.48 % (IC50=408.26 mg/ml) dan metanol dengan jumlah 62.39 % (IC50=515.86 mg/ml). Data yang diperolehi telah dibandingkan dengan lengkungan piawai BHT bagi mengenalpasti pelarut yang terbaik berdasarkan aktiviti DPPH. Pertambahan aktiviti DPPH boleh menyebabkan pertambahan dari segi nilai TPC. Etanol telah menunjukkan hasil TPC yang paling tinggi diikuti dengan air dan metanol dengan nilai masing-masing berjumlah 228.57 mgGAE/g, 115.63 mgGAE/g dan 64.41 mgGAE/g. Ini kerana etanol mempunyai kumpulan hidrosi yang kuat berbanding metanol dan air. Data tersebut telah dibandingkan dengan jumlah lengkungan piawai asid galik. Sekiranya masa bertambah, jumlah fenolik dalam C. asiatica juga bertambah, kerana kapasiti ekstrak bergantung pada masa pelarut. Komponen aktif di dalam C. asiatica ialah asiaticoside. Masa penahanan sebanyak 2.60 min dikesan menggunakan HPLC manakala ukuran piawai sebanyak 2.75 min. Hasil yang diperolehi menunjukkan etanol adalah pelarut terbaik untuk pengekstrakan komponen aktif mengandungi aktiviti antioksida dan kandungan fenolik bagi C. asiatica
berbanding metanol dan air.
_______________________________________________________________________________________________________
Centella asiatica is commonly used as a spice and medicinal herb due to its antioxidant activity and total phenolic contents. Water, methanol and ethanol were used to analyze the amount of antioxidant activity and total phenolic contents. Ethanol
extraction at 7 hr showed the highest value of DPPH scavenging activity with 65.06 % (IC50=291.00 mg/ml) followed by water with 63.48 % (IC50=408.26 mg/ml) and methanol with 62.39 % (IC50=515.86 mg/ml). The data from the experiment had been
compared with the BHT standard curve in order to finalised the best solvent based on DPPH scavenging activity. The increase in DPPH scavenging activity contributes by high amount of TPC. Ethanol gave the highest TPC followed by water and methanol at 228.57 mgGAE/g, 115.63 mgGAE/g and 64.41 mgGAE/g, respectively. This is because ethanol has stronger hydroxyl group compared to methanol and water. The results were compared with the standard curve of gallic acid. As the time increase the phenolic compound from C.asiatica also increase, this is because the phenolic content contributed by capacity of extract due to the time of extraction. The active component that contributed to the phenolic compound is asiaticoside. As The retention time using HPLC was 2.60 min while the standard time was 2.75 min. The result showed that
ethanol is the best solvent for extraction of active component with antioxidant activity and phenolic contents of C. asiatica compared to methanol and water.