(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

An analysis of angled-corridor effect on pedestrian walking behaviour for crowd dynamics simulations / Nur Aina Alias

An analysis of angled-corridor effect on pedestrian walking behaviour for crowd dynamics simulations_Nur Aina Alias_A9_2019_MYMY
Koridor dengan sudut atau dikenali sebagai koridor bersudut, adalah salah satu keadaan geometri dan kemudahan yang boleh mencetuskan sekatan aliran pejalan kaki dan menyebabkan kesesakan ketika suasana sibuk. Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada kesesakan di koridor, seperti sudut koridor, jarak trek, ketumpatan pejalan kaki, arah aliran, lebar koridor, struktur bangunan, dan kesan psikologi. Tesis ini fokus kepada kesan koridor bersudut ke atas tingkah laku pejalan kaki. Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk menentukan secara empirikal hubungan antara halaju berjalan dan ketumpatan pejalan kaki bagi aliran bebas satu arah di koridor bersudut untuk menentukan ambang bilangan pejalan kaki dan koridor bersudut yang bersesuaian yang berkaitan dengan bilangan pejalan kaki yang berlainan, di mana masa pelepasan menurun pesat kerana kemerosotan tingkah laku kesesakan berhampiran sudut. Selanjutnya dari kedua-dua tujuan utama yang disebutkan, masa keluar dianggarkan dengan meniru senario hipotetikal berjalan di koridor bersudut dengan mempertimbangkan dua faktor: (1) bilangan pejalan kaki yang berlainan, dan (2) sudut koridor berbeza. Terdapat dua bahagian utama yang terlibat dalam kajian ini, iaitu kerja-kerja eksperimen dan simulasi. Eksperimen pejalan kaki berjalan melalui tiga koridor bersudut (60°, 90°, dan 135°) yang dibina telah dijalankan di Dewan Serbaguna, Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia. Sementara itu, simulasi senario hipotetikal berjalan keluar di koridor bersudut dilakukan berdasarkan bilangan pejalan kaki dan sudut koridor yang berlainan. Bagi kerja simulasi, perisian MAYA dan Simulator Kelakuan Orang Ramai untuk Pemindahan Bencana (CBS-DE) telah digunakan. Hasil dapatan menunjukkan purata halaju berjalan adalah berkadar songsang dengan bilangan pejalan kaki. Memandangkan bilangan pejalan kaki melintasi koridor meningkat, jumlah ruang kosong yang tersedia menjadi terhad, oleh itu purata halaju berjalan menurun akibat pergerakan individu dihadkan. Ini seterusnya menjejaskan masa perjalanan. Dapatan yang diperoleh dari simulasi adalah masa dan daya interaksi. Dapat diperhatikan hampir semua simulasi menunjukkan koridor bersudut 60° mencatatkan masa berjalan keluar terpanjang, manakala koridor bersudut 135° menunjukkan masa egress paling rendah. Juga dapat dilihat dari kedua-dua keputusan titik infleksi dan kesan penolakan menunjukkan bahawa koridor bersudut 60° mempunyai bilangan tertinggi terhadap titik infleksi dan kesan penolakan berbanding koridor bersudut yang lain. Ini menunjukkan bahawa koridor dengan sudut kurang daripada 90° perlu dielakkan semasa merancang koridor bersudut kerana ia secara jelas meningkatkan masa berjalan keluar. Keputusan yang diperoleh daripada kajian ini dijangka menjadi pangkalan data dan bahan rujukan yang berguna untuk mereka bentuk dan mendimensi kemudahan pejalan kaki masa depan yang melibatkan koridor dengan sudut dan bentuk yang berbeza-beza. Pada masa akan datang, kajian ini perlu diteruskan dengan mempertimbangkan senario yang lebih pelbagai dan terperinci yang berkaitan dengan perubahan gerakan di koridor yang lebih berbeza. _______________________________________________________________________ Corridor with angle or known as angled-corridor is one of the geometrical condition or facilities that could trigger restrictions to pedestrian flow and causing congestion during rush hour. There are a few factors that lead to the occurrence of congestion at the corridor, for instance, the degree of a corridor, track distance, density of the pedestrian, nature of direction flow, width of the corridor, building structure, and psychological effect. This thesis focuses on the effect of angled-corridor on pedestrian walking behaviour. This study was conducted with the aim to determine empirically the relationship between pedestrian velocity and density of pedestrian empirically unidirectional free flow by focusing the angled-corridors. Next, this study also aim to determine the threshold number of pedestrian and corresponding angled-corridor related to different number of pedestrian, beyond which the egress time can be decrease rapidly due to a strong degradations of congestion behaviour near the corner. Further from the two main objectives mentioned, the egress time were estimated by simulating hypothetical walking scenarios at the angled-corridor by considering two factors: (1) different number of pedestrian, and (2) different angle of corridor. There were two main parts involved in this study, which are the experimental work and simulation work. The experiment of pedestrian walking through three different built angled-corridor facilities (60°, 90°, and 135°) were conducted at Dewan Serbaguna, Engineering Campus, Universiti Sains Malaysia. Meanwhile, the simulation work of hypothetical egress scenario at angled-corridor was carried out based on different number of pedestrian and different angle of corridor. For the simulation work, MAYA software and Crowd Behaviour Simulator for Disaster Evacuation (CBS-DE) has been employed. From the obtained results, the average walking velocity of pedestrian was inversely proportional to the number of pedestrian. As the number of pedestrian traversing the angled-corridor increase, the amount of free space available becomes limited, hence the average walking velocity decrease due to the movement of individual is being restricted. This subsequently affects the travel time. Results obtained from simulation work were egress time and interaction force. It can be observed that almost all simulation in correspondence to angled-corridor 60° recorded the longest egress time, while angled-corridor 135° shows the least egress time. Also, noted that both results for inflexion points and repulsion effect had shown that the angled-corridor 60° had the highest number of inflexion points and repulsion effect compared to the other angled-corridor. This indicate that corridor with angle less than 90° should be avoid while designing angled-corridor as it explicitly increase the egress time. The results obtain from this research are expected to be a useful database and tool for designing and dimensioning of future pedestrian facilities which involves corridor with varying angles and shape. In the future, this study should be further continue by considering more varied and detailed scenarios associated with turning movement at more different angled corridor.
Contributor(s):
Nur Aina Alias - Author
Primary Item Type:
Thesis
Identifiers:
Accession Number : 875008974
Language:
English
Subject Keywords:
angled-corridor ; pedestrian walking ; crowd dynamics simulations
Sponsor - Description:
Pusat pengajian Kejuruteraan Awam -
First presented to the public:
10/1/2019
Original Publication Date:
12/30/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 145
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-12-30 11:41:24.71
Submitter:
Mohamed Yunus Yusof

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
An analysis of angled-corridor effect on pedestrian walking behaviour for crowd dynamics simulations / Nur Aina Alias1 2020-12-30 11:41:24.71