(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Penurunan risiko banjir menggunakan kolam takungan kering

Penurunan risiko banjir menggunakan kolam takungan kering / Nor’edah Asmuni
Kesan daripada pembangunan membawa kepada masalah peningkatan kadaralir dan isipadu air larian dan peningkatan risiko banjir yang serius. Justeru itu, konsep kawalan kuantiti dan kawalan kualiti yang berdasarkan konsep kawalan di punca telah mula diaplikasikan. Kajian ini mengkaji keberkesanan Sistem Saliran Bio-ekologikal (BIOECODS) yang menggunakan kombinasi sistem penyusupan, storan penahan, saluran serta perawatan dan pelambatan aliran seperti yang terkandung di dalam Manual Saliran Mesra Alam (MSMA). Kajian “Penurunan Risiko Banjir menggunakan Kolam Takungan Kering” telah dijalankan bagi mengkaji keberkesanan salah satu komponen BIOECODS iaitu kolam takungan kering sebagai storan dan keupayaannya menampung isipadu air larian. Keputusan daripada ujikaji yang dijalankan menunjukkan bahawa penggunaan kolam takungan kering adalah efektif untuk menampung isipadu air larian dengan jumlah yang besar, melambatkan aliran dan seterusnya mengelakkan risiko banjir kilat. Ujian Infiltrometer dan Analisis Ayak dijalankan untuk membuktikan keberkesanan kolam takungan kering menyusup secara perlahan dan seterusnya mengecilkan aliran puncak. Daripada kajian ini, didapati kolam takungan kering yang dikaji adalah berkesan untuk menurunkan aliran puncak, bertindak sebagai storan air larian pada isipadu tertentu dan boleh diaplikasikan untuk menurunkan risiko banjir kilat. _______________________________________________________________________________________________________ Effect of urbanizations on increasing peak discharge and volume of runoff caused serious flood risk impact. Therefore, quantity and quality control of runoff by control at source concept have been implemented. This research studies the effectiveness of Bio-Ecological Drainage System (BIOECODS) that combine the system of infiltration, storage, flow retardation, swale and water treatment as stated in Urban Stormwater Management Manual (MSMA). A study of “Flood Risk Reduction Using Dry Pond” have been completed to study one of BIOECODS component, dry pond as runoff storage and its capability to retain stormwater runoff. The result from this research show that dry ponds application are effective to retain a volume of stormwater runoff, reduce peak flow and reduce flood risk impact. Infiltration test and sieve analysis test were carried out to know the dry pond effectiveness to infiltrate through the soil and reduce the peak flow. From the study it is concluded that the dry ponds are effective to reduce peak flow, detention storage system at certain volume and can be use as an application to reduce the flood risk.
Contributor(s):
Noredah Asmuni - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875000486
Language:
Bahasa Melayu
Subject Keywords:
urbanizations; runoff; flood
First presented to the public:
6/1/2006
Original Publication Date:
11/3/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 209
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-11-03 17:09:18.699
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Penurunan risiko banjir menggunakan kolam takungan kering1 2020-11-03 17:09:18.699