Analisis Unsur Terhingga (FEA) adalah satu teknik pengiraan yang berpandukan komputer untuk menganalisis sifat dan kekuatan struktur. Projek ini adalah berkenaan dengan pembinaan satu model sayap kapal terbang dengan menggunakan MSC Patran. Sebelum pemodelan dilakukan, tekanan udara yang dikenakan pada sayap kapal terbang semasa dalam keadaan penerbangan jelajah telah ditentukan. Seterusnya, model sayap kapal terbang dibina dengan unsur-unsur elemen 1D dan 2D. Pada akhirnya, model tersebut telah dikaji dengan menggunakan MSC Nastran. Di samping itu, pengiraan secara manual telah dilakukan untuk tujuan pengesahan model tersebut. Daripada keputusan yang diperolehi, pengesahan tentang daya kekangan yang dikenakan pada model itu adalah 7.39% berbeza dengan keputusan yang diperoleh daripada pengiraan secara manual. Sementara itu, pengesahan tentang daya tegang paksi terus yang disebabkan oleh momen lentur dan daya paksi terus mempunyai peratusan perbezaan dari lingkungan 9% hingga 31%. Maka, model sayap kapal terbang yang dibina itu boleh dikatakan dalam keadaan yang agak mirip dengan keadaan yang sebenar.
______________________________________________________________________________________
Finite Element Analysis (FEA) is a computer based mathematical techniques to obtain approximate numerical solutions for the study of structures physical behaviors in response to external influences. This project was about setting up a tapered wing finite element model by using MSC Patran and analyzing it with MSC Nastran. Before modeling could be done, the air loading that acted on wing during cruise flight condition was first determined. Thereafter, the wing model which was consisting of 1D and 2D elements was built for computational analysis. In order to ensure the model built in Patran was representing the reality, hand calculations were done for verifications. From the results obtained, the verification of constraint forces acting on the model differ 7.39% from that in theoretical calculation. Meanwhile, the direct stresses due to bending moments and axial loads for a typical cross-sectional structural members were having percentage difference ranging from 9% to 31%. Hence, the wing model was verified to be generally close to reality.