Dalam aplikasi elektronik kuasa rendah, banyak litar elektronik seperti sensor tanpa
wayar dan sebagainya dicipta. Untuk menjadikan produk ini mudah alih, jurutera
menggunakan bateri biasa sebagai punca kuasa untuk menghidupkannya. Walau
bagaimanapun, bateri ini selamat kepada alam sekitar dan merupakan sumber pencemaran.
Salah satu alternatif ialah menggunakan bateri boleh dicas semula yang boleh digunakan
dalam tempoh yang lebih lama berbanding bateri biasa yang tidak boleh dicas semula.
Untuk melaksanakan teknologi hijau, sumber alternatif boleh digunakan untuk mengecas
bateri boleh dicas semula itu. Seperti yang telah dijumpai oleh banyak penyelidik, tenaga
solar ialah penjanaan kuasa yang paling berkesan di kalangan sumber tenaga alternatif lain.
Kelemahan yang jelas dengan tenaga alternatif adalah voltannya adalah voltan yang tidak
terkawal yang tidak sesuai untuk mengecas bateri boleh dicas semula. Oleh itu, litar
kawalan diperlukan bagi menukarkan sumber luar kawal kepada voltan yang lebih
terkawal, yang akan dilaksanakan dalam aplikasi bateri boleh dicas semula. Bagi tujuan itu,
projek ini telah mengambil langkah pertama ke arah teknologi yang lebih hijau dengan
merekabentuk litar kawalan iaitu pengubah daya DC-DC yang lebih dikenali sebagai
„penukar buck’. Jenis penukar dan parameter-parameter yang digunakan dalam projek ini
telah dipilih selepas membuat sedikit pertimbangan mengenai tahap voltan panel solar dan
keperluan bateri boleh dicas semula.
_______________________________________________________________________________________________________
In low power electronics applications, many electronics circuitry such as wireless
sensors and etc. are invented. To make this product portable, engineers use a simple battery
to power it. However, this battery is not environmentally green and is a source of pollution.
One of the alternatives is to use a rechargeable battery which can be use in longer period
compared to non-rechargeable battery. To implement a green technology, an alternative
source could be use to charge the rechargeable battery. As been found by a lot of
researchers, solar energy is the most effective power generation among the other
alternative energy source. The obvious disadvantage with the alternative energy is its
voltage is an unregulated voltage which is not suitable for charging the rechargeable
battery. Thus, a control circuit is needed in order to convert the unregulated source into a
more regulated voltage, to be implemented in the rechargeable battery application. For that
purpose, this project has taken the very first step towards a greener technology by
designing the control circuit which is the DC-DC buck converter. The type of converter
and the parameters used in this project was chosen after making some consideration about
the photovoltaic (PV) voltage level and the rechargeable battery requirement.