(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Penentuan ketumpatan kering tanah menggunakan bacaan proba mackintosh dengan mata penusuk jkr

Penentuan ketumpatan kering tanah menggunakan bacaan proba mackintosh dengan mata penusuk jkr / Poh Khian Meng
Kajian ini dijalankan untuk mencari hubungan antara ketumpatan kering tanah sampel dengan bacaan Mackintosh Probe yang dipasang dengan mata penusuk JKR (akan dipanggil JKR Probe selepas ini). JKR Probe merupakan salah satu kaedah yang sering dipakai untuk menganggarkan kekuatan tanah di tapak pembinaan di Malaysia. Dengan adanya hubungan ini, dapatlah membentuk satu alternatif baru di mana ketumpatan kering tanah dapat ditentukan dengan cepat. Selain itu, kajian ini juga melibatkan pemerhatian terhadap perubahan bacaan JKR Probe pada tenaga pemadatan yang berlainan. Tanah ini juga akan dikelaskan mengikut piawaian Unified Soil Classification System. Keputusan menunjukkan kandungan lembapan optimum untuk maksimum JKR Probe tidak berlaku pada kandungan lembapan optimum untuk ketumpatan kering maksimum. Perbezaan antara kandungan lembapan pada maksimum bacaan JKR Probe dengan kandungan lembapan optimum bagi maksimum ketumpatan kering semakin kecil apabila tenaga pemadatan menaik. Namun begitu, tujuan utama untuk mencari alternatif baru ini gagal dicapai disebabkan perbezaan nilai ketumpatan kering tanah yang didapati adalah melebihi 20% dengan nilai sebenarnya. _______________________________________________________________________________________________________ The main objective of this project is to determine the relationship between dry density of the soil sample and JKR Probe readings. In Malaysia, it is common that JKR Probe is used to estimate the stiffness of the soil in construction sites. Once the relationship has been identified, a fast and simple alternative to determine dry soil densities would be generated. This study also looks at the changes and behaviours of JKR Probe readings when soil samples are subjected to various energy of compaction. The soil sample is classified according to Unified Soil Classification System. The results indicate that the optimum moisture content corresponding to maximum probe reading does not match the optimum moisture content corresponding to maximum dry density. The difference between the two optimum moisture contents however gets smaller as the compaction energy gets higher. As far as the main objective of predicting field dry density using JKR Probe is concerned, it has not been very successful. The dry densities as predicted using the probe was 20% more than the actual values.
Contributor(s):
Poh Khian Meng - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875002029
Language:
Bahasa Melayu
Subject Keywords:
density; soil; JKR Probe
First presented to the public:
4/1/2005
Original Publication Date:
9/23/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 83
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-09-23 16:52:09.153
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Penentuan ketumpatan kering tanah menggunakan bacaan proba mackintosh dengan mata penusuk jkr1 2020-09-23 16:52:09.153