(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Electrical & Electronic Engineering >

Pengawal lampu trafik dengan pengesan menggunakan fpga/Mohd Shafian Shafiee

Pengawal lampu trafik dengan pengesan menggunakan fpga_Mohd Shafian Shafiee_E3_2006_NI
Projek ini adalah untuk merekabentuk suatu sistem pengawal lampu trafik dengan penderia yang menggunakan perisian Xilinx atau berasaskan konsep FPGA. Rekabentuk pengawal lampu trafik ini melibatkan kawalan penderia pada setiap jalan pada simpang jalan tersebut. Penderia pada setiap simpang akan mengesan kehadiran kenderaan yang hadir pada setiap jalan dan mengawal perjalanan lalulintas berdasarkan kehadiran kenderaan pada simpang tersebut. Pengawal lampu trafik ini boleh digunakan untuk tempoh 24 jam dan dikelaskan kepada beberapa keadaan tertentu. Kenderaan yang dikesan akan diberikan melalui persimpangan ini berdasarkan bilangan kenderaan yang melalui simpang tersebut. Projek ini menggunakan empat simpang sebagai contoh yang paling asas untuk merealisasikan projek tahun akhir ini. Pada permulaannya, idea diperolehi dan kemudian idea tersebut dibuat gambarajah blok sistem. Daripada gambarajah blok sistem ini, projek ini akan direkabentuk menggunakan perisian Xilinx. Seterusnya program yang direkabentuk menggunakan perisian Xilinx akan dipindahkan ke dalam litar bersepadu EPROM. Setelah dipindahkan ke dalam litar bersepadu EPROM, objektif bagi menghasilkan suatu pengawal lampu trafik dengan penderia dapat dihasilkan dengan melihat keluaran daripada litar Xilinx. Sistem ini membolehkan pengawal lampu trafik berfungsi secara lebih efektif dan berkesan serta boleh digunakan pada sebarang keadaan jalanraya yang berlaku. ______________________________________________________________________________________ This project is to design a traffic light with sensor using FPGA (Field Programmable Gate Array). This design of traffic light is using sensor for the entire road in the junction. The sensor will sense the vehicle in that junction and will control the system depending on the vehicle that will be sense by the sensor. This project can be use for 24 hour and can be classified with other condition. The idea for this project was started from the beginning and the idea will presented to block diagram. From the block diagram this project will be designing using Xilinx. The design of this project will transfer to IC EPROM and the objective for this project will be seen on the board Xilinx. This system can function very effective and can be used for many other conditions.
Primary Item Type:
Final Year Project
Language:
Bahasa Melayu
Subject Keywords:
traffic light ; sensor ; vehicle
First presented to the public:
5/1/2006
Original Publication Date:
5/2/2019
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Electrical & Electronic Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 67
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2019-05-02 17:08:01.04
Submitter:
Nor Hayati Ismail

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Pengawal lampu trafik dengan pengesan menggunakan fpga/Mohd Shafian Shafiee1 2019-05-02 17:08:01.04