Secara umumnya, pembinaan Dual Scope Adapter ini adalah bertujuan untuk di gunakan
bersama-sama dengan osiloskop sebagai alat tambahan. Dengan menggunakan alat ini,
Idta mampu untuk mendapatkan tempoh ayunan bagi gelombang yang di uji dengan
mudah dan cepat Tanpa menggunakan alatam tambahan ini, kita masih lagi mampu
untuk mendapatkan nilai bagi tempoh sesebuah gelombang tetapi ia memakan masa. Kita
perlu mengira bilangan kotak yang di penuhi oleh satu kitar gelombang yang len^ap
kemudian mendarapkannya dengan gandaan masa yang di gunakan. Dengan
menggunakan alat ini, kita tidak perlu lagi membilang bilangan kotak yang di penuhi oleh
gelombang. Selain itu juga, kita mampu untuk melihat dengan lebih jelas lagi dimana
gelombang itu mula di picu. Alatan tambahan ini meyediakan pengukuran dalam 2 unit
iaitu milisaat dan mikrosaat Di mana ia di lengkapi dengan 6 pilihan julat bacaan iaitu
1.0,10 dan 100 dalam uniy milisaat dan mikrosaat.