(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Keadeh olahan fizikal menggunakan media zeolit dan karbon teraktif dalam menyingkirkan amminia dan logam berat (ferum dan zink) dari larut lesapan semiaerobik tapak

Keadeh olahan fizikal menggunakan media zeolit dan karbon teraktif dalam menyingkirkan amminia dan logam berat (ferum dan zink) dari larut lesapan semiaerobik tapak / Faisal Rasaik
Penyelidikan ini bertujuan untuk memperkenal dan menguji suatu kaedah fizikal kimia yang efektif dan berpotensi diaplikasikan secara komersial untuk penyingkiran unsur logam berat dan ammonia. Sampel yang digunakan adalah larut lesapan yang diambil daripada kolam semi aerobik di Tapak Pelupusan Pulau Burung. Masa penggoncangan, pengenapan, kelajuan penggetar perminit (rpm) dan campuran media yang optimum ditentukan dahulu melalui ujian kelompok. Ujian penjerapan isoterma serta ujian kinetik penjerapan juga dilakukan dalam penyelidikan ini. Keputusan mendapati bahawa masa penggoncangan dan pengenapan yang optimum adalah 2 jam, kelajuan penggetar yang optimum adalah 350 pusingan perminit manakala campuran media yang optimum adalah 30ml zeolit dan 10ml karbon teraktif. Kajian yang dijalankan ini berjaya membuktikan kemampuan gabungan dua media iaitu zeolit dan karbon teraktif dengan penyingkiran 94.1% untuk logam ferum, 95.6% untuk logam zink dan 69% untuk ammonia pada nisbah isipadu media yang optimum. Nilai isoterma penjerapan Freundlich, 1/n dan Kf untuk ferum ialah 0.6238 dan 0.2098. Untuk zink, nilai 1/n dan Kf ialah 0.7008 and 0.1228 manakala nilai 1/n dan Kf untuk ammonia adalah 1.2641 dan 0.0455. Ujian penjerapan kinetik menunjukkan bahawa penjerapan yang berlaku adalah menurut kinetik tertib kedua di mana nilai R2 untuk ammonia, ferum dan zink adalah masing-masing 0.9520, 0.9957 dan 0.9956 iaitu nilai yang paling menghampiri nilai 1. Persamaan peraturan kinetik kedua untuk ammonia, ferum dan zink adalah t/qt = 0.0041+0.3236t, t/qt = 0.0084 + 0.2594 t dan t/qt = 0.0012+0.0439t Hasil kajian membuktikan potensi gabungan di antara karbon teraktif dan zeolit untuk digunakan dalam menyingkirkan logam berat dan ammonia dari larut lesapan. Teknologi ini juga berpotensi untuk dikomersialkan untuk jenis air sisa yang lain. _______________________________________________________________________________________________________ The main objective of this research is to study and to develop an effective physicochemical treatment system for removing heavy metals and ammonia from semi aerobic landfill leachate in Pulau Burung which is potential to be commercialize. The main process is to remove heavy metals and ammoniacal nitrogen by using two kind of media, i.e., activated carbon and zeolite. Batch studies were conducted to determine the shaking and settling times, shaking speed and the optimum mixture of zeolite and limestone. Adsorption isotherm and the associated kinetics order were also determined. Results showed that the optimum shaking and settling times were 2 hours, respectively. The optimum shaking speed was 350 rpm and the optimum mixture between zeolite and activated carbon was 30 mL of zeolite and 10 mL of activated carbon. The results proved that the mixed media can removed 94.1 % of iron, 95.6 % of zink and 69 % of ammoniacal nitrogen. Freundlich’s isotherm study gave the 1/n and Kf values for iron as 0.6238 and 0.2098 respectively, 0.7008 and 0.1228, respectively for zinc and 1.2641 and 0.0455 respectively for ammonia. Adsorption kinetics experiment showed that it followed the pseudo second order chemical adsorption with R2 values for ammonia, iron and zinc were 0.9520, 0.9957 and 0.9956, respectively. The second order kinetic equation for ammonia, iron and zinc as t/qt = 0.0041+0.3236t, t/qt = 0.0084 + 0.2594 t and t/qt = 0.0012+0.0439t. The study proved the potential usage of a mixed media (activated carbon and zeolit) in removing heavy metals and ammonia in landfill leachate. This technology is also potential to be commercialize for other wastewaters.
Contributor(s):
Faisal Rasaik - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875001982
Language:
Bahasa Melayu
Subject Keywords:
physicochemical; treatment; leachate
First presented to the public:
4/1/2005
Original Publication Date:
9/17/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 95
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-09-17 16:59:00.079
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Keadeh olahan fizikal menggunakan media zeolit dan karbon teraktif dalam menyingkirkan amminia dan logam berat (ferum dan zink) dari larut lesapan semiaerobik tapak1 2020-09-17 16:59:00.079