Kajian ini membangunkan kaedah pemetaan yang cepat, teknik pemetaan yang
menjimatkan kos dan memantau ciri-ciri permukaan bumi menggunakan gambar foto
daripada pengimbas satelit beresolusi tinggi yang dilengkapi dengan rangka kerja data
GIS. Kaedah ini terbukti berupaya menentukan perubahan pada permukaan bumi di
daerah Nibong Tebal melalui analisa paten ruangan GIS. Kajian ini melibatkan beberapa
peringkat kerja iaitu pra-kajian, soroton literatur, pembangunan pangkalan data,
pengumpulan data, aplikasi perisian, kemasukan data, analisis data dan hasil kajian.
Terdapat lima kaedah dalam analisa ruangan yang dijalankan iaitu persampelan semula,
pengklasifikasian, penukaran vektor-raster, penjadualan rentas rajah, analisis paten
ruangan dalam menganalisa dan mengenalpasti perubahan pada bentuk muka bumi. Hasil
kajian menunjukan terdapat perubahan pada kawasan membangun dan begitu signifikan
ekoran daripada pertambahan kawasan tempat tinggal dan kawasan yang berpotensi dari
segi ekonomi. Selain itu, hasil kajian juga menunjukan pengurangan yang berlaku kepada
kawasan pertanian seperti tanaman kelapa sawit dan ladang getah kesan daripada
pembangunan yang pesat. Dalam pada itu, terdapat juga perubahan kecil terhadap laluan
aliran sungai yang kemungkinan berpunca daripada kesan hakisan dan pertambahan
laluan jalan raya di kawasan tersebut. Kesimpulannya, kajian ini memberikan output
yang berguna dalam menerangkan proses saling guna maklumat yang diperolehi
daripada satelit dengan data ruangan dalam kajian pengesanan perubahan terhadap guna
tanah.
_______________________________________________________________________________________________________
This study developed and validate a new fast, cost-benefit technique of mapping and
monitoring urban land cover characteristics using high resolution satellite sensor images
integrated with digital ‘framework’ of GIS data. This technique has successfully
determined the extent of the urban land cover changes in Nibong Tebal sub-district by
means of GIS spatial pattern analysis study. The research covers several stages of work
including pre-research, literature review, database development, data collection, system
software application, data entry stage, data analysis and data output stage. There are five
methods of spatial analysis that have been carried out, namely resampling, classification,
raster-vector conversion, image cross-tabulation, and spatial pattern analysis in analyzing
and detecting the urban land cover changes. The results showed that there are changes in
the built-up/urban area and were very significant due to the expansion of the residential
and commercial area. The result also indicated the decrease of the agricultural area such
as oil palm and rubber plantations due to the rapid urban expansion. Other results
obtained in this study showed some minor changes in the river outline probably due to
the errosion and the increase of sub-district roads over the areas. In conclusion, this
research provides useful results in demonstrating a process of integrating information
derived from satellite imagery with other spatial data in land use change detection study.