(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Structural behavior of frp-concrete-steel double skin Tubular column/Tan Kah Heng

Structural behavior of frp-concrete-steel double skin Tubular column_Tan Kah Heng_A9_2012_ASY
Tiang berongga FRP-konkrit-keluli adalah satu jenis tiang hibrid yang baru, ia terdiri daripada tiub luar yang diperbuat daripada konkrit dengan tiub keluli di tengah dalam dan luarnya diperbalut dengan FRP. Tiang hibrid baru ini menggabungkan kelebihan ketiga-tiga bahan iaitu konkrit, keluli dan FRP dan ia dipercayai mempunyai prestasi seismik yang baik kerana ia mempunyai keberatan yang lebih ringan, dan ini akan menyumbang kepada permintaan substruktur yang kurang. Ini akan meningkatkan kemuluran dan keupayaan pelesapan tenaga seismik. Kajian berbentuk eksperimental ini dibuat terhadap tiang segiempat berongga yang diperbalut dengan helaian dan jalur FRP di bawah beban paksi. Empat belas tiang berongga segiempat telah disediakan untuk kajian ini. Parameter untuk kajian ini adalah bilangan lapisan FRP dan kaedah pembalutan FRP yang berbeza. Penelitian ini akan membahaskan corak kelakuan terikan balutan FRP. Keputusan menunjukkan bahawa spesimen yang dibalut helaian FRP sepenuhnya mempunyai penambahbaikan kekuatan yang tertinggi iaitu dari 25% hingga 56% manakala spesimen yang dibalut jalur FRP mempunyai peningkatan kekuatan yang lebih rendah iaitu hanya dari 2.6% hingga 22.9% sahaja. Ini telah menunjukkan bahawa kapasiti beban spesimen yang lebih tinggi boleh dicapai dengan menambah bilangan helaian FRP. Daripada penelitian, kesan retakan konkrit adalah lebih jelas bagi spesimen yang dibalut jaluran FRP berbanding dengan spesimen yang dibalut helaian FRP sepenuhnya. Keputusan eksperimen secara amnya adalah berada dalam jangkauan nilai sebenar dengan keputusan yang dikira dengan model teori yang dicadangkan dalam kajian ini. ___________________________________________________________________________________ The hybrid FRP-concrete-steel double skin tubular column is a new form of hybrid column, which consists of an outer tube made of fibre reinforced polymer (FRP) and an inner steel tube with the space between filled with concrete. This new structural member is very advantageous characteristics such as good seismic performance as it has minimal column self-weight and its concrete confinement can increase the ductility and the energy dissipation capacity. This experimental study presents the structural behavior of hybrids FRP- concrete-steel double skin tubular rectangular columns under axial loading. Fourteen columns were fabricated and tested in the concrete laboratory. The parameters were number of FRP layers and different wrapping methods. Results have shown that the fully wrapped specimens had the highest gain in strength which was in the range of 25% - 56% while the strip wrapped specimens had lower strength enhancement ranged from 2.6% - 22.9% over the control column. The loading carrying capacity of column was increased as the number of FRP layers increased. It was also observed that the strip wrapped specimens have more brittle failure than the fully wrapped specimens. The experimental result shows good agreement with the proposed theoretical model.
Contributor(s):
Tan Kah Heng - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Language:
English
Subject Keywords:
FRP-concrete-steel ; hybrid
First presented to the public:
6/1/2012
Original Publication Date:
2/21/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-02-21 16:22:52.201
Date Last Updated
2020-06-02 10:32:50.819
Submitter:
Nor Hayati Ismail

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Structural behavior of frp-concrete-steel double skin Tubular column/Tan Kah Heng1 2020-02-21 16:22:52.201