(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Electrical & Electronic Engineering >

Reka bentuk jangka kuasa mudah alih / Lau Kung Hui

Reka bentuk jangka kuasa mudah alih_Lau Kung Hui_E3_2006_NI
Jangka kuasa ialah satu alat yang digunakan untuk mengukur kuasa merentasi suatu beban yang kerintangannya adalah sangat tinggi. Pendek kata, ia beroperasi seperti satu jangka voltan yang mempunyai dua pangakalan untuk medapatkan bacaan voltan pada suatu beban tetapi dalam projek ini ia memberikan bacaan untuk voltan (V), aurs (A) dan kuasa (W). Perkataan mudah alih ini membawa maksud ia boleh dibawa ke mana-mana sahaja dengan mudah mengikut kemahuan pengguna. Oleh demikian, jangka kuasa ini direkabentuk dalam saiz yang sekecil yang mungkin untuk menyenangkan penggunaan pengguna. Sebenarnya, terdapat beberapa jenis kaedah pengoperasian jangka kuasa yang sudah lama wujud dalam dunia ini. Antaranya termasuk jangka kuasa dengan kaedah elektrodinamik, elektrostatik, terma dan kesan Hall yang berasaskan pendaraban analog voltan analog dengan arus analog. Jangka kuasa digital dengan kaedah persampelan pula mula diperkenalkan oleh Raymond S. Turgel pada tahun 1970an di mana isyarat voltan analog dan isyarat arus analog disampelkan secara berasingan dahulu sebelum didigitkan untuk pengiraan oleh suatu sistem yang berasaskan komputer. Secara ringkasnya, untuk projek ini, jangka kuasa ini direkabentuk untuk beroperasi berasaskan konsep persampelan, di mana isyarat yang akan diukur disampelkan oleh satu mikropengawal. Kemudian, mikropengawal ini mengira kuasa seketika daripada data tersampel sebelum memaparkan keputusan tersebut pada LCD. Dalam proses pengujian, beberapa Ujikaji telah dijalankan terhadap jangka kuasa digit ini dan didapati keputusan yang diperoleh amat menggalakan dengan peratus ketepatan melebihi 95%. ______________________________________________________________________________________ A power meter basically is a meter that performs its duty as a device that gives a reading of power across an arbitrary load. In other words, it works just like a voltmeter or a multimeter that uses its two terminals as sensors to read the differential voltage across the terminal. Unlike a voltmeter or a multimeter, this device computes and displays the Vrms, Irms and instantaneous power at the same time. The word ‘portable’ brings the meaning of the ease to carry or to move around. Thus, this design is not just emphasizes on the ability of high precision for instantaneous power measurement, but also in designing it to become highly portable. Throughout the years, power meters are developed via different methodologies. These methodologies include electrodynamics, electrostatics, thermal and Hall effects power meter. Basically, these power meters all have a common approach in dealing with the voltage and current value obtained from sensors. This approach is to perform analog multiplication on these two parameters. In the 1970s, Raymond S. Turgel introduced power meter using sampling method, where the voltage and current are sampled separately, digitized and then the power is computed using a computer. As an overall, this power meter is designed using sampling technique, where the signal is measured and digitized using a microcontroller PIC 16F877. The values for Vrms, Irms and the instantaneous power are then computed from the microcontroller as well they are displayed on the LCD screen. During testing and verification period, a sine wave with a known frequency is applied to it. This power meter showed a remarkable result with accuracy up to 95%.
Contributor(s):
Lau Kung Hui - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Language:
Bahasa Melayu
Subject Keywords:
‘portable’; voltmeter; arbitrary
First presented to the public:
5/1/2006
Original Publication Date:
1/7/2019
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Electrical & Electronic Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 83
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2019-01-07 16:11:43.675
Submitter:
Nor Hayati Ismail

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Reka bentuk jangka kuasa mudah alih / Lau Kung Hui1 2019-01-07 16:11:43.675