Penjanaan larut lesapan di tempat pelupusan sampah telah memberi banyak risiko pencemaran alam sekitar yang ketara kerana kandungannya yang berbahaya dan bertoksik boleh mendatangkan mudarat kepada ekosistem jika terus dilepaskan ke dalam alam sekitar. Bahan penggumpalan dan pengelompokan berasaskan kimia biasa digunakan dalam proses penggumpalan – pengelompokan. Akan tetapi, keburukan penggunaan bahan-bahan kimia telah menyebabkan para penyelidik mencari bahan-bahan semula jadi untuk menggantikan atau mengurangkan jumlah bahan penggumpal dan pengelompokan berasaskan kimia. Biji Nephelium lappaceum telah dipilih dalam kajian ini sebagai bahan penggumpal/pengelompok semula jadi untuk mengolah larut lesapan dari tapak pelupusan sampah Alor Pongsu (APLS). Keberkesanan biji Nephelium lappaceum ini ditentukan melalui satu siri ujian balang dengan mencari keadaan operasi yang terbaik (pH dan dos) untuk biji Nephelium lappaceum dan SnCl4 sebagai bahan penggumpal. Prestasi penggumpalan dan pengelompokan diukur melalui kecekapan penyingkiran warna, pepejal terampai (SS), dan keperluan oksigen kimia (COD). Keputusan menunjukkan biji Nephelium lappaceum sebagai bahan penggumpal tunggal boleh menghapuskan 19.48% warna, 35.62% COD, dan 0% SS dalam kondisi yang terbaik iaitu pH 6 dengan dos 2 g/L. Sementara itu, SnCl4 sebagai bahan penggumpal tunggal boleh memberikan peratusan penyingkiran yang tinggi iaitu 98.22% SS, 88.86% warna, dan 84.22% COD pada pH 7 dengan 10.50 g/L SnCl4.
Dengan membandingkan kecekapan penyingkiran oleh kedua-dua bahan penggumpal, biji Nephelium lappaceum tidak memberi kesan yang memuaskan, tetapi biji ini menunjukkan prestasi yang sangat baik dalam menghapuskan bahan pencemar sebagai bahan bantuan penggumpalan atau pengelompokan dengan SnCl4 sebagai pengumpalan utama dan justeru dapat mengurangkan kepekatan SnCl4 dari 10.50 g/L ke 8.40 g/L dengan dapat merawat 88.86% SS, 87.57% warna, dan 75.94% COD. Selain itu, keberkesanan biji Nephelium lappaceum dapat meningkatkan prestasi enap cemar dan kebolehan enapan. Biji Nephelium lappaceum meningkatkan saiz flok dari ketumpatan flok, pengenapan halaju enap cemar dan juga indeks isipadu enap cemar. Kesimpulannya, biji Nephelium lappaceum mempunyai potensi untuk digunakan sebagai pengelompokan semula jadi dengan bahan pengumpalan berasaskan kimia untuk mengolah larut lesapan dari tapak pelupusan sampah dan ini boleh mengurangkan penggunaan bahan pengumpalan berasaskan kimia dan meningkatkan prestasi pengenapan enap cemar. _______________________________________________________________________
Landfill leachate produced from landfilling has caused pollution risk to environment due to the harmful and toxic content if directly discharged into environment. Chemical based coagulants and flocculants are commonly used in coagulation – flocculation process. However, the drawbacks of using these chemical materials have triggered researchers to find natural materials to substitute or reduce the amount of chemical based coagulants and flocculants. Nephelium lappaceum seed has been chosen in this study as natural coagulant/flocculant to treat landfill leachate from Alor Pongsu Landfill Site (APLS). The effectiveness of the seed was determined through a series of jar tests by finding the best operational conditions (pH and dosages) for Nephelium lappaceum seed and SnCl4 as coagulant. The performance of coagulants was measured through the removal efficiencies of colour, suspended solids (SS), and chemical oxygen demand (COD). Results indicated that Nephelium lappaceum seed as sole coagulant could remove 19.48% of colour, 35.62% of COD, and 0% of SS at the best conditions which is pH 6 with dosage of 2 g/L. Meanwhile, SnCl4 as sole coagulant could remove high percentage of pollutants which is 98.22% of SS, 88.86% of colour, and 84.22% of COD at pH 7 with 10.50 g/L of SnCl4. Nephelium lappaceum seed is not effective as SnCl4 when used as sole coagulant, but it shows excellent performance in removing pollutants as flocculant with SnCl4 as primary coagulant and thus, has accomplished the aim of reducing the amount of SnCl4 from 10.50 g/L to 8.40 g/L with removal efficiencies of 88.86% colour, 87.57% SS, and 75.94% COD. Besides that, the effectiveness of Nephelium lappaceum seed can be further proven with sludge performance and settleability. Nephelium lappaceum seed helps in improving the sludge performance and settleability by increasing flocs size, density of flocs, sludge settling velocity as well as sludge volume index. In conclusion, Nephelium lappaceum seed has a potential to be used as natural flocculant with chemical based coagulant to treat landfill leachate treatment and this could reduce the usage of chemical based coagulant and improve the sludge settling performance.