Masalah kesesakan lalu lintas telah lama berlaku di negara kita yang kian pesat
membangun. Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah ini ialah
berlakunya ketidakseragaman dalam pemisahan ragaman ke atas pilihan pengguna
dalam menggunakan jalan raya. Bilangan kenderaan penumpang yang melebihi
muatan jalan raya telah berlaku dan akibatnya kesesakan terjadi di sesuatu
persimpangan terutama pada waktu puncak. Penggunaan lampu isyarat adalah satu
kaedah yang digunakan untuk mengawal keadaan lalu lintas supaya kenderaan dapat
bergerak dengan lancar apabila ingin menuju ke arah yang dikehendaki. Namun,
penggunaan lampu isyarat pintar yang telah banyak diaplikasikan di Negara kita
dikatakan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama pada waktu puncak dan
akan memberi laluan utama kepada jalan major berbanding minor. Kajian ini akan
cuba ‘membongkar’ sejauh manakah kebenaran ini dan adakah penggunaannya lebih
efisyen berbanding lampu isyarat yang menggunakan masa kitar tetap. Kajian ini juga
akan cuba menyelami lebih mendalam berkenaan lampu isyarat sistem actuated serta
keberlesanan sistem ini pada jalan yang kurang sibuk disamping mengetahui
kelebihan dan kekurangannya.
_______________________________________________________________________________________________________
Congestion is a problem commonly faced by a fast-developing nation like Malaysia.
A major factor that contribute to this problem is the inequilibrium of modal split for
travelers on the road. The number of passenger cars which exceed the capacity of
infrastructure resulting congestion at intersections especially during peak hours. The
installation of traffic signal is one effective method to control traffic to ensure that all
vehicles move smoothly through the intersection. The utilization of Intelligent Traffic
Light which system are increasingly becoming common in our country is believed to
be reduce the traffic problem especially during the peak hour and will tackle the
problems able to associated with major and minor roads. This research will try
analyse how far this statement is true and whether the implementation of an actuated
system is more efficient compared to the fixed time system. In this thesis also will try
to find deeper the meaning of actuated signal system and the efficiency of this signal
toward the traffic light intersections.