(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Sediment transport assessment for sungai kurau and sungai kulim

Sediment transport assessment for sungai kurau and sungai kulim / Vanaja Ravichandran
Pembangunan dan pembandaran yang pesat pada masakini telah meningkatkan aktiviti perlombongan pasir sungai. Aktiviti ini mempunyai kesan yang besar terhadap keratan rentas sungai dan morfologi. Oleh itu, pencerapan dan analisa pengangkutan endapan sungai perlu dijalankan untuk mengkaji kestabilan sungai-sungai yang wujud di Malaysia. Dalam tesis ini, penilaian pengangkutan endapan sungai dilakukan untuk Sungai Kurau dan Sungai Kulim. Tesis ini membentangkan kajian mengenai lengkung penarafan sedimen yang merangkumi perbandingan kajian semasa dengan data kajian terdahulu dan penilaian persamaan Yang dan persamaan Engelund-Hansen. Tesis ini juga mengandungi kajian mengenai keratan rentas sungai, kadar beban dasar, kadar beban terampai dan jumlahan beban bahan dasar. Pengangkutan sedimen ialah pergerakan zarah dalam mod yang berlainan di sepanjang arah aliran apabila ciri aliran seperti halaju melampaui keadaan ambang. Untuk menjalankan penilaian ini, 18 sampel dikumpulkan untuk Sungai Kurau dan 3 sampel dikumpulkan untuk Sungai Kulim. Melalui analisis, didapati persamaan Yang dan Engelund-Hansen sesuai untuk meramal pengangkutan endapan sungai untuk kedua-dua sungai. Walau bagaimanapun, persamaan Yang lebih tepat untuk meramalkan pengangkutan endapan sungai untuk kedua-dua sungai. Melalui kajian ini juga didapati bahawa Sungai Kurau masih dalam keadaan stabil berbanding dengan kajian terdahulu (Mining DID 2009) berdasarkan lengkung penarafan sedimen. Walau bagaimanapun, Sungai Kulim berada dalam keadaan kurang stabil kerana terdapat sedikit perubahan berbanding dengan data sebelum ini (Mining DID 2009 dan DID 1999). _______________________________________________________________________________________________________ Recently, rapid development and urbanisation have contributed drastically towards sand mining activities. These activities have a great impact on river cross section and morphology. Therefore, it is necessary to carry out a sediment transport assessment to test the stability of the current rivers. In this thesis, the sediment transport assessment is carried out for Sungai Kurau and Sungai Kulim. This thesis presents a study on sediment rating curve which includes a comparison of the present study with previous study data and assessment of Yang equation and Engelund-Hansen equations. This thesis also contains study on river cross section, bed load rate, suspended load rate and total bed material load. Sediment transport is the movement of particles in different modes along the flow direction when flow characteristics such as velocity exceeded the threshold condition for the bed material in an alluvial channel. To carry out this assessment, 18 samples are collected for Sungai Kurau and 3 samples are collected for Sungai Kulim. Through the analysis, it is found that, Yang and Engelund-Hansen equation is suitable to predict the sediment transport for both rivers. However, Yang equation is more accurate to predict the sediment transport for both sites. It is also found that Sungai Kurau is still in stable condition when compared with previous study (DID, 2009) based on a sediment rating curve. However, Sungai Kulim is slightly less stable since there is slight significant changes when compared with previous data (DID, 2009 and DID, 1999).
Contributor(s):
Vanaja Ravichandran - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875008351
Language:
English
Subject Keywords:
sand; mining; river
First presented to the public:
6/1/2019
Original Publication Date:
9/27/2019
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 342
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2019-09-27 17:10:13.121
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Sediment transport assessment for sungai kurau and sungai kulim1 2019-09-27 17:10:13.121