Penyelidikan berkenaan penggantian sebahagian agregat dalam konkrit dengan elemen getah tayar yang tamat hayat perkhidmatan telah diusahakan untuk menyelesaikan masalah kesihatan dan alam sekitar yang berkaitan dengan isu
pelupusan tayar sekaligus menyelesaikan masalah kekurangan sumber asli. Kebanyakan penyelidik mengerjakan kesan jumlah kandungan getah tayar dan saiz getah tayar pada sifat konkrit di peringkat bahan tetepi kajian pada ciri-ciri konkrit
pada tahap struktur adalah amat terhad. Dalam kajian ini, dua jenis getah tayar, getah remah (CR) (1.15-2.36mm) dan getah serbuk (GR) (0.177mm) dan gabungan keduaduanya telah digunakan untuk menggantikan 20% agregat halus dalam konkrit. Empat spesimen rasuk (termasuk spesimen rujukan) yang mempunyai konfigurasi tetulang yang sama telah dikaji dengan ujian empat titik lenturan untuk membandingkan kekuatan lentur muktamad, pesongan pada puncak beban dan corak retaknya. Sifat mekanik konkrit termasuk kekuatan mampatan, kekuatan tegangan juga telah diperiksa. Keputusan ujian kekuatan mampatan dan kekuatan tegangan mempunyai trend yang sama di mana saiz zarah getah berkadar songsang dengan kadar pengurangan kekuatan. Hal ini bermakna konkrit yang bercampur dengan getah bersaiz kecil (GR) mengalami kehilangan kekuatan yang lebih besar berbanding dengan getah yang bersaiz besar (CR). Hasil kajian juga menunjukkan bahawa walaupun kapasiti lentur muktamad rasuk menurun akibat campuran getah tayar, capaian pesongan rasuk
pada puncak beban telah meningkat. Pada penggantian isi padu pasir yang tetep, rasuk mengandungi getah bersaiz kecil mempamerkan keupayaan lenturan muktamad yang lebih tinggi dan mencapai pesongan maksima di tengah rasuk dengan nilai yang lebih tinggi. Rasuk-rasuk ini menunjukkan keupayaan lentur muktamad yang hampir serupa kerana ciri-ciri ini ditadbir oleh kekuatan tetulang besi pengukuhan padahal kurang dipengaruhi oleh kekuatan mampatan.
_______________________________________________________________________________________________________
Due to the health and environmental issue associated with the waste tyre disposal and problem of the natural resources depletion, the effort of incorporating waste tyre rubber particles bring twofold benefits. Most of the researchers investigated
the effect of rubber content and the rubber sizes on concrete properties at material level but limited studies carried out to determine the rubberized concrete behaviours at structural level. In this study, two types of tyre rubber, crumb rubber (CR) (1.15- 2.36mm) and ground rubber (GR) (0.177mm) and a combination of both are used to replace 20% fine aggregate by volume in concrete. Four reinforced beam specimens including controlled specimens were prepared with the same reinforcement configuration and tested under four point bending test to compare their ultimate flexural strength, deflection at peak load and their cracking pattern. The mechanical properties of the rubberized concrete such as compressive strength and splitting tensile strength were also examined. For the compressive strength and splitting tensile strength test results, both possessed similar trend at which the rubber particle size is inversely proportional to their reduction rate. This means that the concrete mix with small rubber particles experienced a greater loss in strength compare to those with larger rubber particles. The results also indicated that although the ultimate flexural capacity of the beams decreased with the incorporation of rubber particles, the deflection of the beam improved with the inclusion of tyre rubber aggregate. At constant sand volume replacement, reinforced beam contained smaller rubber particles exhibited higher ultimate flexural capacity and achieved a higher maximum deflection at midspan of beam before failure. The beams exhibited almost similar ultimate
flexural capacity since this property is governed by the yielding of tensile reinforcement and less influence by the compressive strength.