Pengkomputeran Neuro" telah menjadi sebuah bidang yang semakin meluas
dan telah menarik minat yang semakin mendalam di dalam kejuruteraan kimia
sebagai suatu alat bantu pengiraan yang sukar diselesaikan. Kebanyakan proses di
dalam kejuruteraan kimia adalah bersifat tidak selanjar dan komplek dengan
pemodelan lama atau konvensional dan teknik-teknik simulasi yang biasa digunakan
untuk pengiraan pengangkutan, kinetik dan penjangkaan termodinamik.
Jaringan Neural Tiruan (ANNs), telah mengurangkan penghad di dalam pengiraan secara konvensional dengan mengekstrak maklumat-maklumat yang diperlukan secara terus dari data. ANNs telah beijaya digunakan untuk menyelesaikan masalah di dalam banyak bidang, contohnya dalam diognasis kegagalan, pemodelan dinamik dan juga pengawalan proses kimia.
Projek ini adalah untuk menganalisa sama ada ANNs dapat diaplikasikan di dalam bidang termodinamik kimia terutamanya di daJam meramal data keseimbangan cecair-gas (VLE). Peramalan VLE dengan menggunakan kaedah termodinamik konvensional adalah remeh dan memerlukan penentuan pekali-pekali yang sukar. Kebolehan mengaplikasikan ANNs di dalam penentuan VLE akan dikaji menggunakan kaedah "back propagation algoritm". Keseimbangan Methane-carbon dioxide akan dikaji dan sisihan sepatutnya berada di bawah daripada 10%. Pendekatan heuristik untuk mengurangkan kaedah cuba jaya juga akan diperkenalkan bagi memilih binaan jaring yang paling optimum.