Pencemaran bunyi bising lalulintas telah menjadi suatu faktor yang penting dalam
sesuatu masyarakat membangun, berkaitan dengan keselesaaan hidup dan juga dari
sudut ekonomi. Bunyi bising yang dihasilkan oleh lalulintas harus ditangani oleh
agensi-agensi kerajaan yang terlibat. Pendedahan individu terhadap pencemaran bunyi
bising lalulintas boleh menyebabkan masalah kesihatan, boleh mengganggu
ketenteraman seseorang, dan dalam keadaan tertentu ianya juga boleh mempengaruhi
kecekapan kerja dan kualiti kehidupan masyarakat secara umum. Kajian ini dijalankan
selama empat hari iaitu dua hari di Simpang Empat dan dua hari lagi di Simpang Lima.
Tiga jenis bacaan telah dicerap iaitu nilai Leq, komposisi dan juga kelajuan kenderaan
pada waktu puncak pagi (7.00 – 9.00 pg), tengahari (12.00 – 2.00 ptg), petang (4.00 –
6.00 ptg) dan juga malam (8.00 – 10.00 mlm). Sebelum kajian dijalankan, borang soal
selidik diedar kepada orang ramai di kedua-dua lokasi kajian untuk mendapatkan
maklumbalas daripada penduduk setempat. Hasil cerapan data yang diperolehi
menunjukkan kedua-dua kawasan penempatan ini mengalami tahap pencemaran bunyi
yang amat tinggi kerana nilai yang diperolehi melebihi nilai piawai untuk kawasan
perumahan iaitu 60 dBA untuk waktu siang dan juga 55 dBA untuk waktu malam. Julat
paras bunyi bising yang diperolehi di Simpang Empat adalah 79.67 dBA – 86.07 dBA
manakala di Simpang Lima pula bacaan yang dicatat adalah diantara 78.81 dBA –
87.06 dBA. Hasil daripada maklumbalas daripada penduduk setempat, pencemaran
bunyi bising berlaku paling tinggi pada waktu petang dimana peratus responden yang
menyatakan sedemikian ialah sebanyak 60% untuk kawasan Simpang Empat dan 55.10
% di Simpang Lima dimana kenderaan yang paling kuat mengeluarkan bunyi bising
ialah kenderaan berat seperti lori dan bas.
_______________________________________________________________________________________________________
Road traffic noise has become an important factor in the development of any society, in
terms of living comfort and also from an economic point of view. Noise generated by
road traffic should be addressed by the different government agencies. The exposure of
individuals to road traffic noise can cause health problems, is very disturbing or
annoying to individuals an under certain condition can also effect the work efficiency
and general quality of life for the society. These study were carried out in four days
where two days allotted for Simpang Empat and another two days for Simpang Lima.
Three type of monitoring was carried out in this study, firstly to get noise level values
in Leq, secondly to determine the composition and lastly vehicles speed during peek
times at morning (7.00 – 9.00 am), mid-days (12.00 – 2.00 pm), afternoon (4.00 – 6.00
pm) and also evening (8.00 – 10.00 pm) were determined. Before the study were
carried out, the questionnaires were distribute to the residents of Simpang Empat and
Simpang Lima. The result from collected data showed that for a residential place the
noise levels were high greater than the stimulated compliancy of 60 dBA for residential
area for day time and 55 dBA for night. The range of Leq level at Simpang Empat is
between 79.67 dBA – 86.07 dBA and whilst for Simpang Lima, the range is between
78.81 dBA – 87.06 dBA. From questionnaires, the road traffic noise was highest in the
afternoon by 60 % of local respondents for Simpang Empat and 55.10 % for Simpang
Lima. Heavy transport such as lorries and buses were the main contributor for road
traffic noise.