Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti faktor utama yang mempengaruhi permintaan tempat letak kereta, kesesuaian tempat letak kereta sedia ada dan idea yang terbaik untuk memenuhi permintaan tempat letak kereta dan mengekalkan lokasi sedia ada di dalam Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia. Kajian ini telah dibuat dengan menggunakan borang soal selidik. Soal selidik terdiri daripada lima faktor utama yang mempengaruhi permintaan tempat letak kereta, lima faktor kesesuaian tempat letak sedia ada dan lima kaedah bagi memenuhi permintaan tempat letak kereta yang telah diedarkan kepada kakitangan dan pelajar di Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia. Analisis kedudukan telah digunakan untuk menyusun nilai min untuk setiap kriteria. Kajian ini telah mendapati bahawa faktor utama yang mempengaruhi permintaan tempat letak kereta ialah keselamatan, berasa selamat bila tempat letak kereta dekat dengan destinasi merupakan faktor yang paling penting menyebabkan beberapa lokasi tempat letak kereta sesak. Faktor kesesuaian tempat letak kereta sedia ada adalah cuaca, laluan pejalan kaki sering banjir bila hari hujan dan ia menyebabkan pengguna memilih untuk menggunakan kenderaan sendiri dan meletakkan kenderaan berdekatan dengan destinasi. Idea yang paling baik untuk memenuhi permintaan tempat letak kereta dan mengekalkan lokasi tempat letak kereta sedia ada mendapati penyediaan laluan pejalan kaki yang selamat dan menarik akan menarik perhatian pengguna untuk menggunakan kemudahan tersebut. Berdasarkan analisis kedudukan dan keamatan faktor permintaan tempat letak kereta yang telah dijalankan, kajian ini mencadangkan penambahbaikan yang mungkin boleh dibuat untuk mengurangkan masalah di tempat letak kereta di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia.
_______________________________________________________________________________________________________
This study was done to identify the main factors influencing the parking demand, suitability of existing parking and the best idea to fulfil the parking demand and to maintain the location of existing parking in Engineering Campus, University of Science Malaysia. This research was done using questionnaires. The questionnaire consists of three variables and each of them has five items, among the variables are the main factors that influencing parking demand, factors of suitability existing parking and the ideas to fulfil the parking demand were distributed to staff and students in Engineering Campus, University of Science Malaysia. Ranking analysis was used to sort the mean value of each criterion. This study has found that the main of factor influencing the parking demand is safety, feel secure when parking place near the destination most important factor that causing some congestion at parking location. The factor suitability of existing parking location is weather, pedestrian walkway often flooded during rain and it make users like to use their own vehicle and park near into destination. The best idea to fulfil the parking demand and to remain the location of existing parking found that provision of safe and attract pedestrian facilities will make users attracted to use the pedestrian facilities. Based on the analysis of ranking and the intensity of factors of parking demand, this study suggests the possible improvement that could be made in order to reduce problem in the parking place at Engineering Campus University of Science Malaysia.