(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Mengkaji ciri-ciri jalan dua lorong dua hala untuk keadaan lalu lintas di Malaysia (Skop Kawasan Nibong Tebal)

Mengkaji ciri-ciri jalan dua lorong dua hala untuk keadaan lalu lintas di Malaysia (Skop Kawasan Nibong Tebal) / Izatil Fadhilah Mohd Suhaimi
Jalan dua lorong dua hala merupakan jalan yang membawa isipadu lalu lintas yang tinggi. Kejadian ini bertambah serius jika ditambah dengan sikap pemandu yang cenderung untuk mengekori kenderaan di hadapannya pada jarak yang rapat. Deretan-deretan kenderaan kelihatan terbentuk dengan cepat. Jarak mengekor pemandu adalah antara aspek yang mempengaruhi kemalangan jalan raya dan kemampuan menampung aliran lalu lintas. Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan aras perkhidmatan bagi Jalan Bukit Panchor, Jalan Bandar Baru dan Jalan Bukit Panchor Paper Mill menggunakan kaedah HCM, 2000. Kaedah HCM 2000 ini juga telah dianalisis dengan memasukkan faktor ukp kenderaan dari Arahan Teknik Jalan 8/86 (Jalan). Selain itu, model regresi linear dibina bagi menjelaskan kehubungan di antara jarak kepala dan laju kenderaan. Data lapangan didapatkan menggunakan alat jamar ‘Metro Count’. Data jarak kepala dan kelajuan kenderaan yang berkait dengannya diasingkan kepada kelas-kelas kelajuan bagi kategori kenderaan mengekor kenderaan: kereta mengekor kereta, kereta mengekor kenderaan perdagangan (HGV), HGV mengekor HGV dan HGV mengekor kereta. Hasil daripada kajian ini, Highway Capacity Manual 2000 dapat menentukan aras perkhidmatan jalan. Penggunaan faktor ukp kenderaan dari Arahan Teknik Jalan 8/86 (Jalan) dalam kaedah HCM, 2000 memberikan aras perkhidmatan yang lebih tinggi. Hasil hubungan antara jarak kepala kenderaan dengan halaju menunjukkan kebanyakan pemandu cenderung untuk mengekor kenderaan di hadapannya pada jarak yang rapat. _______________________________________________________________________________________________________ Two-lanes-two-way highway is a type of road that can carry high volume of traffic. This situation become more serious if the value of headways is very small. The car following behavior is one of the many aspects that are considered to influence road crashes and the road traffic handling capacity. The purpose of this thesis is to determine the level of services for Jalan Bukit Panchor, Jalan Bandar Baharu and Jalan Bukit Panchor Paper Mill using the HCM 2000 method. This method is also used to analyse level of services using the Arahan Teknik Jalan 8/86 (Jalan). The level of service from the two methods are compared. Beside that, linear regression models were developed to get the relationship between distance headway and speed. The data for this two-lane-twodirections road will be determined by the help of ‘Metro Count’ programmed to get the traffic value. The distance headways and associated vehicle speed were separated into several categories by vehicle type and then separated into speed classes according to type of vehicle following i.e., car following car, car following heavy goods vehicle (HGV), HGV following HGV and HGV following car categories. As a result from this project, we know that there is no significant method in estimating level of service for the Arahan Teknik Jalan 8/86 (Jalan) whereas it can be done by using the Highway Capacity Manual 2000. For relationship between distance headway and speed, drivers tend to follow another vehicle closely and platoon appeared to develop rapidly.
Contributor(s):
Izatil Fadhilah Mohd Suhaimi - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875002407
Language:
Bahasa Melayu
Subject Keywords:
Two-lanes-two-way; highway; traffic
First presented to the public:
3/1/2006
Original Publication Date:
9/10/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 157
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-09-10 17:12:26.238
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Mengkaji ciri-ciri jalan dua lorong dua hala untuk keadaan lalu lintas di Malaysia (Skop Kawasan Nibong Tebal)1 2020-09-10 17:12:26.238