Tasik harapan merupakan sebuah tasik buatan di dalam kampus USM yang terletak
di kawasan desasiswa Harapan. Tasik ini mempunyai keluasan seluas 3156 m2 dan
mempunyai purata kedalaman setinggi 1.88 m. Tasik ini dijadikan kawasan tadahan
selepas pembinaannya dan boleh menampung hampir 6000 m3 air. Kajian ini dijalankan
bertujuan untuk mengkaji keberkesanan aerator yang telah dipasang di dalam tasik
berkenaan. Aerator yang dipasang adalah merupakan jenis Bio-Reco 300 yang mempunyai
kekuatan sebanyak 1.18 kW dan 1500 rpm. Memandangkan aerator tersebut kurang
berkesan, pada 17 Ogos 2004 pihak pengurusan telah menukarkan aerator tersebut kepada
yang lebih besar dan mempunyai lebih kekuatannya iaitu menggunakan Bio-Reco 800
yang mempunyai kekuatan sebanyak 1.5kW dan 3000 rpm. Ujikaji yang dijalankan adalah
berkaitan dengan kualiti fizikal air di tasik harapan. Parameter-parameter yang diuji adalah
meliputi pH, suhu, kekeruhan, warna, pepejal terampai, pepejal terampai meruap dan
logam-logam berat yang terdiri daripada kadmium, ferum, zink dan mangan. Selain untuk
mendapatkan nilai yang menepati standard INTERIM NATIONAL WATER QUALITY
STANDARDS FOR MALAYSIA ujikaji ini juga bertujuan untuk memperoleh variasi
taburan data bagi air tasik yang mewakili stesen-stesen pengambilan sampel bagi setiap
parameter yang diuji dengan mendapatkan lakaran kekotak.
_______________________________________________________________________________________________________
Tasik Harapan is located in USM campus near Desasiswa Harapan . This lake has
an area of 3156 m2 and have a total depth about 1.88m. After the lake was constructed , it
became one of the cacthment area and has a capacity about 6000 m3 of water. This
research was conducted to find the effectiveness of the aerator that has been place in the
lake. The aerator was Bio-Reco 300 that has a power of 1.18 kW and 1500 rpm. Because
of the aerator is not effective, the project management has changed the aerator in 17
August 2004. They have change the aerator to a larger aerator which is Bio-Reco 800 that
has 1.5 kW of power with 3000 rpm. The research that has been conducted was related to
the physical water physical quality in Tasik Harapan. The parameters that have been tested
are pH, temperature, turbidity, color, suspended solid (SS), VSS,and heavy metal ( Mn,
Zn, Cd, Fe). Besides getting the values that followed the INTERIM NATIONAL WATER
QUALITY STANDARDS FOR MALAYSIA the objective of this experiment is also to
get the variation on the data distribution for the lake the represented the sampling stations
by using boxplots.