(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Kajian kesan pencemaran bunyi kenderaan bermotor di kawasan Parit Buntar

Kajian kesan pencemaran bunyi kenderaan bermotor di kawasan Parit Buntar / Anuar Ab. Ghani
Pencemaran bunyi bising lalulintas telah menjadi suatu faktor yang penting dalam sesuatu masyarakat membangun, berkaitan dengan keselesaaan hidup dan juga dari sudut ekonomi. Bunyi bising yang dihasilkan oleh lalulintas harus ditangani oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat. Pendedahan individu terhadap pencemaran bunyi bising lalulintas boleh menyebabkan masalah kesihatan, boleh mengganggu ketenteraman seseorang, dan dalam keadaan tertentu ianya juga boleh mempengaruhi kecekapan kerja dan kualiti kehidupan masyarakat secara umum. Kajian ini dijalankan selama empat hari iaitu dua hari di Simpang Empat dan dua hari lagi di Simpang Lima. Tiga jenis bacaan telah dicerap iaitu nilai Leq, komposisi dan juga kelajuan kenderaan pada waktu puncak pagi (7.00 – 9.00 pg), tengahari (12.00 – 2.00 ptg), petang (4.00 – 6.00 ptg) dan juga malam (8.00 – 10.00 mlm). Sebelum kajian dijalankan, borang soal selidik diedar kepada orang ramai di kedua-dua lokasi kajian untuk mendapatkan maklumbalas daripada penduduk setempat. Hasil cerapan data yang diperolehi menunjukkan kedua-dua kawasan penempatan ini mengalami tahap pencemaran bunyi yang amat tinggi kerana nilai yang diperolehi melebihi nilai piawai untuk kawasan perumahan iaitu 60 dBA untuk waktu siang dan juga 55 dBA untuk waktu malam. Julat paras bunyi bising yang diperolehi di Simpang Empat adalah 79.67 dBA – 86.07 dBA manakala di Simpang Lima pula bacaan yang dicatat adalah diantara 78.81 dBA – 87.06 dBA. Hasil daripada maklumbalas daripada penduduk setempat, pencemaran bunyi bising berlaku paling tinggi pada waktu petang dimana peratus responden yang menyatakan sedemikian ialah sebanyak 60% untuk kawasan Simpang Empat dan 55.10 % di Simpang Lima dimana kenderaan yang paling kuat mengeluarkan bunyi bising ialah kenderaan berat seperti lori dan bas. _______________________________________________________________________________________________________ Road traffic noise has become an important factor in the development of any society, in terms of living comfort and also from an economic point of view. Noise generated by road traffic should be addressed by the different government agencies. The exposure of individuals to road traffic noise can cause health problems, is very disturbing or annoying to individuals an under certain condition can also effect the work efficiency and general quality of life for the society. These study were carried out in four days where two days allotted for Simpang Empat and another two days for Simpang Lima. Three type of monitoring was carried out in this study, firstly to get noise level values in Leq, secondly to determine the composition and lastly vehicles speed during peek times at morning (7.00 – 9.00 am), mid-days (12.00 – 2.00 pm), afternoon (4.00 – 6.00 pm) and also evening (8.00 – 10.00 pm) were determined. Before the study were carried out, the questionnaires were distribute to the residents of Simpang Empat and Simpang Lima. The result from collected data showed that for a residential place the noise levels were high greater than the stimulated compliancy of 60 dBA for residential area for day time and 55 dBA for night. The range of Leq level at Simpang Empat is between 79.67 dBA – 86.07 dBA and whilst for Simpang Lima, the range is between 78.81 dBA – 87.06 dBA. From questionnaires, the road traffic noise was highest in the afternoon by 60 % of local respondents for Simpang Empat and 55.10 % for Simpang Lima. Heavy transport such as lorries and buses were the main contributor for road traffic noise.
Contributor(s):
Anuar Ab. Ghani - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875002417
Language:
Bahasa Melayu
Subject Keywords:
Road; traffic; noise;
First presented to the public:
5/1/2006
Original Publication Date:
9/10/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 114
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-09-10 17:18:00.53
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Kajian kesan pencemaran bunyi kenderaan bermotor di kawasan Parit Buntar1 2020-09-10 17:18:00.53