Pada masa ini, penuaian tenaga frekuensi radio (RF) telah menjadi semakin popular
dalam teknologi hijau kerana penambahan daripada stesen pangkalan televisyen,
stesen pangkalan telefon mudah alih, Wi-Fi, Bluetooth dan lain-lain. Banyak kajian
telah dilakukan ke atas penuaian tenaga RF. Walau bagaimanapun, tenaga RF yang
terdapat di sekitar masih terlalu kecil dan kecekapan penukaran di bahagian pengganda
adalah sangat rendah. Oleh itu, dalam kajian ini, reka bentuk rektena untuk litar
penuaian tenaga RF dalam aplikasi penderia untuk menuai tenaga RF daripada sumber
berdedikasi dan ambien telah direka dan dibentangkan. Kajian ini membentangkan tiga
reka bentuk rektena yang memberi tumpuan kepada tiga frekuensi yang berbeza iaitu
GSM 900, GSM 1800 dan band Wi-Fi kerana kewujudan isyarat tersebut di sekeliling
kita. Kajian ini dijalankan dalam beberapa peringkat yang melibatkan reka bentuk litar
pengganda, reka bentuk antena, ujian dan pengukuran bagi setiap bahagian, kombinasi
pengganda dan antena untuk membentuk rektena serta ujian dan pengukuran untuk
rektena. Rektena yang beroperasi pada 915 MHz dapat mencapai voltan pengeluaran
sebanyak 0.115 V apabila menuai isyarat RF dari Nokia 100 pada jarak 30 cm. 0.067
V boleh diukur apabila rektena 915 MHz menuai tenaga RF sekitar USM. Rektena
yang beroperasi pada 1.8 GHz dapat mencapai voltan pengeluaran sebanyak 0.273 V
apabila ia menuai tenaga RF daripada Nokia 100 pada jarak 30 cm. Apabila rektena
yang menuai tenaga RF daripada sekeliling, 0.042 V voltan pengeluaran boleh dicapai.
Voltan keluaran 0.214 V boleh dicapai apabila rektena 2.4 GHz menuai tenaga RF dari
modem router TP-Link dengan jarak 50 cm. 0.037 V voltan pengeluaran boleh diperolehi apabila rektena 2.4 GHz menuai tenaga RF sekeliling. Rektena yang direka menunjukkan prestasi yang baik dan menunjukkan peningkatan daripada kajian sebelumnya tetapi masih mempunyai ruang untuk diperbaiki pada masa akan datang. __________________________________________________________________________________
Nowadays, Radio Frequency (RF) energy harvesting has become increasingly popular
in green technology due to the high rise of the television base stations, mobile phone
base stations, Wi-Fi, Bluetooth and others. Many researches have been done on
harvesting the RF energy. However, the RF energy available around is still too small
and the conversion efficiency at the multiplier part is very low. Thus in this research,
an improved rectenna design for RF energy harvesting circuit for WSN application
has been designed to harvest the RF energy from a dedicated and ambient sources is
presented. This research presents three rectenna design which focusing at three
different frequencies which are GSM 900, GSM 1800 and Wi-Fi band due to the
availability of those signal around us. This research is progressed in few stages
involving designs of multiplier circuit, designs of antenna, test and measurement of
each part, combination of multiplier and antenna to form rectenna and rectenna test
and measurement. Rectenna operating at 915 MHz is able to achieve an output
voltage of 0.115 V when harvesting RF signal from Nokia 100 at a distance of 30 cm.
0.067 V can be measured when 915 MHz rectenna harvest RF energy around USM.
Rectenna operating at 1.8 GHz able to achieve an output voltage of 0.273 V when it
harvest the RF energy from Nokia 100 at a distance of 30 cm. When the rectenna
harvest the ambient RF Energy, 0.042 V of output voltage can be measured.
Additionally output voltage of 0.214 V can be achieved when the 2.4 GHz rectenna
harvest RF energy from a TP-Link modem router with a distance of 50 cm. A 0.037 V
of output voltage can be obtained when 2.4 GHz rectenna is harvesting ambient RF
energy. The designed rectenna are able to perform well under three conditions or
environments. Subsequently they show significant improvements over other related
works and in turns have space for further improvement in the future.