Sistem pengesahan biometrik adalah sistem yang menggunakan maklumat fisiologi dan
tingkah laku untuk mengesahkan seseorang individu. Sistem pengesahan biometrik tunggal
menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi dalam keadaan persekitaran yang bersih dari
hingar. Walau bagaimanapun, dalam persekitaran hingar, kebolehpercayaan pengesahan
biometrik tunggal jatuh secara mendadak. Sistem pengesahan berbilang biometrik
dibangunkan untuk menangani masalah yang dihadapi oleh sistem pengesahan biometrik
tunggal. Dalam projek ini, sistem pengesahan biometrik suara, visual dan suara-visual telah
dibangunkan. Kesemua system ini telah diuji prestasinya pada tahap hingar yang berbeza
bagi mengetahui tahap ketegaran sistem. Dalam kajian ini, analisa Pengekodan Peramalan
Linear (LPC) telah digunakan untuk mengektrak ciri suara manakala Kawasan Dikehendaki
(ROI) bagi imej bibir digunakan sebagai ciri visual.. Mesin Penyokong Vektor (SVM) pula
digunakan sebagai pengelas. Sistem pengesahan biometrik suara-visual yang dibangunkan
dalam projek ini disepadukan dengan sistem inferens logik kabur (FIS). FIS memberikan
nilai pemberat yang optimum untuk digunakan dalam sistem pengesahan biometrik suara
visual. Prestasi sistem pengesahan biometrik suara, visual dan suara-visual yang diuji di
bawah pelbagai tahap hingar disahkan dengan menggunakan graf Kadar Penerimaan Tulen
(GAR) melawan kadar penerimaan palsu (FAR). Hasil keputusan ekperimen menunjukkan
system biometrik suara-visual sentiasa lebih baik berbanding sistem biometrik tunggal.
Sebagai contohnya, pada FAR bersamaan 0.2%, 66%, 69% and 90% GAR diperhatikan
untuk sistem pengesahan biometrik suara, visual dan suara-visual masing-masing (isyarat
suara pada 10dB dan isyarat visual pada 0.05 sigma)
_______________________________________________________________________________________________________
Biometric verification system is the system that uses physiological and behavioral
information to verify an individual. Single biometric verification system shows high
reliability in clean noise free condition. However, in the noisy environment, the reliability
of the single biometric verification drops drastically. Multi-biometric verification system is
developed to deal with the problem faced by single biometric verification system. In this
project, voice, visual and audio-visual biometric verification systems are developed. These
systems have been evaluated at different noise levels in order to investigate their
robustness. In this study, Linear Predictive Coding (LPC) analysis has been used to extract
the audio features while Region of Interest (ROI) of lip image has been used as visual
features. Support Vector Machine (SVM) is then employed as classifier. The audio-visual
biometric verification developed in this project is integrated with the Fuzzy Inference
System (FIS). FIS infers the optimum weight to be used as fusion weight in audio-visual
biometric verification system. The performances of the audio, visual and audio-visual
verification systems are evaluated under various noise levels are verified using the Genuine
Acceptance Rate (GAR) versus False Acceptance Rate (FAR) curves. From the
experimental results, audio-visual biometric system always outperforms the performances
of the single systems. For example at 0.2% FAR, 66%, 69% and 90% of GAR are observed
for audio, visual and audio-visual biometric systems, respectively (audio signal at 10dB and
visual signal at 0.05 sigma) .