Magnetik zarah-zarah nano iron oksida (MZIO) dan magnetik zarah-zarah nano iron oksida bersalut Poly(sodium(4)styrenesulfonate) (PSS) telah disediakan untuk mengkaji mengenai kestabilan koloid dan kinetik pemendapan zarah- zarah nano. MZIO bersalut PSS lebih stabil daripada MZIO yang tidak bersalut kerana tolakan elektrosterik antara zarah-zarah yang menahan daripada pengagregatan dan pemendapan berlaku. Potensi Zeta untuk MZIO bersalut PSS ialah -34.03 mV. Nilai potensi Zeta yang besar daripada 30 mV menunjukkan sampel mempunyai kestabilan koloid yang bagus. Lima kepekatan yang berbeza (10 ppm – 500 ppm) MZIO yang bersalut PSS dan tidak bersalut telah disediakan. MZIO yang tidak bersalut lebih pantas agregat dan mendap berbanding MZIO yang bersalut PSS. Pengagregatan dan pemendapan berlaku dengan lebih cepat apabila sumber magnet luar digunakan terhadap sampel kerana mengalami daya magnetophoresis. Kepekatan yang paling tinggi iaitu 500 ppm yang pertama selesai kerana MZIO yang lebih pekat mempunyai kekerapan pelanggaran yang lebih tinggi dan menyebabkan ia agregat dan mendap lebih cepat. Daya graviti bergantung kepada saiz zarah-zarah dan agregat di mana saiz yang besar lebih responsif terhadap magnet. MZIO yang bersalut PSS hanya mempunyai sedikit mendapan di bawah sampel.Saiz hidrodinamik sampel diukur menggunakan penyerakan cahaya dinamik (PCD). Dari ukuran PCD, MZIO bersalut PSS mempunyai saiz hidrodinamik lebih kecil daripada MIOP yag tidak bersalut untuk semua kepekatan. Saiz hidrodinamik MZIO bersalut PSS hampir sama manakala saiz hidrodinamik MZIO yang tidak bersalut berubah-ubah sepanjang masa pengukuran untuk semua kepekatan disebabkan oleh pembentukan agregat besar dan agregat kecil.
_______________________________________________________________________________________________________
The bare magnetic iron oxide nanoparticles (MIOPs) and Poly(sodium(4)styrenesulfonate) PSS-coated-MIOPs are prepared in order to study the colloidal stability and the sedimentation kinetic of the nanoparticles. The PSS-coated-MIOPs are more stable than the bare MIOPs due to electrosteric repulsion between particles that resist the aggregation and sedimentation. The zeta potential of MIOPs after coated with PSS is -34.03 mV. The value of zeta potential larger than 30 mV indicates that the samples have good colloidal stability. The bare MIOPs and PSS-coated-MIOPs are diluted into five different concentrations (10 ppm - 500 ppm). The bare MIOPs are aggregated and sediment faster than PSS-coated-MIOPs. The aggregation and sedimentation is enhanced when the external magnetic source exerted on bare MIOPs and PSS-coated-MIOPs because it experienced magnetophoresis force. The highest concentration of bare MIOPs which is 500 ppm settle first because more concentrated MIOPs have higher collision frequency thus it aggregated and sediment faster. The gravitational force is depends on the size of particles and the large aggregates more responsive towards the magnet. The PSS-coated-MIOPs only has little sediment at the bottom of the sample. The hydrodynamic sizes of samples are measured using dynamic light scattering (DLS). From DLS measurement, PSS-coated-MIOPs have smaller hydrodynamic size than bare MIOPs for all range of concentrations. The hydrodynamic size of PSS-coated-MIOPs is almost constant whereas the hydrodynamic size of bare MIOPs is fluctuated throughout the measurement time for all range of concentration due to formation of large aggregates and small aggregates.