Dalam dunia komputer, terdapatnya suatu permintaan yang berterusan untuk mengejar kelajuan pengiraan yang lebih pantas daripada sistem komputer masa kini disebabkan selalunya akan terwujud aplikasi yang masih memerlukan lebih kuasa pengiraan. Salah satu cara untuk meningkatkan kelajuan pengiraan ialah dengan menggunakan komputer-komputer yang disambungkan melalui rangkaian untuk beroperasi bersama dalam menyelesaikan satu masalah tunggal yang dipecahkan kepada beberapa bahagian, dibahagikan kepada setiap komputer untuk membuat pengiraan secara selari. Aplikasi seperti ini mempunyai kelebihan dalam keberkesanan, kestabilan dan juga harga. Dalam penyelidikan ini, satu sistem pendaraban matriks selari akan direkabentuk menggunakan pengaturcara selari dengan penyimpanan berkongsi secara terbahagi (distributed shared memory). Dengan menggunakan kaedah “message-passing”, sistem ini akan mebuat pengiraan pendaraban matriks secara selari menggunakan komputer- komputer yang disambung melalui rangkaian. Masa pengiraan untuk pendaraban matriks selari akan dibandingkan dengan masa pengiraan pendaraban matriks selari dan dijangkakan masa pengiraan pendaraban matriks selari adalah lebih laju untuk skala matriks yang lebih besar. Secara keseluruhannya, kebolehan pengiraan komputer biasa akan dapat dipertingkatkan lagi dengan aplikasi sistem komputer selari.
______________________________________________________________________________________
There is a continual demand for greater computational speed from a computer system than is currently possible because it seems that there will always be applications that require still more computation power. One way of increasing the computation speed is by using multiple computers that linked through network operating together on a single problem that split into parts, and each performed by a separate computer in parallel. Such application can gain advantageous on performance, scalability, and even price. In this reseach, a parallel matrix multiplicaton system will be designed using Parallel Programming with Distributed Shared Memory. With the message-passing method, this system will perform the matrix multiplication computation in parallel by using multiple computers that linked through network. The computation time for the parallel matrix multiplication will be compared with the computation time for serial matrix multiplication and will expecting to have a faster computation speed from the parallel comutation method on the larger matrix scale. In overall, the computation cabability of the conventional computer can be improved by the application of parallel computer system.