(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Electrical & Electronic Engineering >

Sistem pembesar suara aktif bagi aplikasi media pelbagai/Tan Beng Fang

Sistem pembesar suara aktif bagi aplikasi media pelbagai_Tan Beng Fang_E3_2006_NI
Dalam pasaran, terdapat pelbagai jenis sistem pembesar suara, contohnya, floor- standing speaker, bookshelf speaker, sistem satelit dan in-wall speaker. Sistem-sistem ini adalah berbeza mengikut aplikasi dan cita rasa penggunanya. Projek saya ini adalah bertujuan membinakan satu sistem pembesar suara aktif dua saluran dan dua hala bagi aplikasi media pelbagai. Ia merupakan jenis bookshelf speaker, di mana saiznya yang sederhana membolehkannya diletakkan di atas rak buku atau meja. Sistem pembesar suara aktif dalam projek ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu bekalan kuasa, penimbal masukan, rangkaian melintas dan penguat kuasa terbina dalam. Dengan merujuk kepada sistem pembesar suara yang ada di pasaran, setiap bahagian dalam sistem pembesar suara bagi projek ini dibinakan dan diubahsuai. Sambutan frekuensi bagi sistem ini tidak termasuk pemacu ialah 20 Hz – 20 kHz. Sambutan frekuensi suatu sistem pembesar suara adalah bergantung rapat kepada sambutan frekuensi pemacu yang digunakan. Dalam projek ini, pemacu yang digunakan adalah tidak tercatat spesifikasinya. Oleh itu, sambutan frekuensi keseluruhan sistem yang termasuk pemacu tidak dapat dinyatakan. Dengan rangkaian melintas jenis Linkwitz-Riley 24 dB/ oktaf (tertib keempat), frekuensi melintas sistem ialah 4 kHz. Dengan pemacu bergalangan 8 namaan, kuasa keluaran yang maksimum bagi sistem ini ialah 10.12W bagi satu saluran sahaja atau 3.92W X 2 saluran. Setiap bahagian dibina secara terasing dan kemudian digabungkan serta diuji.
Contributor(s):
Tan Beng Fang - Author
Language:
Bahasa Melayu
Subject Keywords:
floor- standing speaker ; bookshelf speaker ; in-wall speaker.
First presented to the public:
5/1/2006
Original Publication Date:
4/16/2019
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Electrical & Electronic Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 98
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2019-04-16 16:42:32.904
Submitter:
Nor Hayati Ismail

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Sistem pembesar suara aktif bagi aplikasi media pelbagai/Tan Beng Fang1 2019-04-16 16:42:32.904