Dalam bidang kejuruteraan, pengukuran adalah sangat penting. Ketepatan dan kejituan dalam sesuatu rekabentuk menentukan kualiti yang terbaik. Pengukuran laju merupakan salah satu bidang dalam kejuruteraan. Pembinaan sistem pengekod ini adalah untuk mengukur laju motor arus terus bagi suatu lingkungan saiz diameter rotor. Projek ini menggabungkan beberapa fasa penting dalam merekabentuk sistem pengukuran ini. Fasa-fasa tersebut adalah litar pembeda, untuk menukar perubahan pada roda pengekod kepada isyarat analog; litar penyahkod yang menggunakan cip D-Flip Flop, untuk membina isyarat digit kepada isyarat denyut yang telah dibilang; litar pengawal mikro PIC16F877, untuk membaca isyarat denyut dan mengira serta menghantar bacaan ke litar paparan LCD; litar paparan LCD, untuk memapar halaju rotor; dan rekabentuk roda pengekod. Kelebihan rekabentuk roda pengekod adalah ianya boleh digunakan pada suatu julat saiz motor arus terus. Sistem pengukuran halaju ini boleh digunakan pada putaran motor mengikut dan melawan arah jam. Rekabentuk ini juga mempunyai ciri-ciri mesra pengguna dan sesuai digunakan untuk pengukuran dalam amali, latihan mahupun dalam sesuatu kajian yang sedang dijalankan.
______________________________________________________________________________________
In engineering, measurement is important. The accuracy of a product or design represent its quality. Speed is one of the measurement that is really important in engineering and other aspects. The development of the speed measurement using encoder system is used to measure the rotation speed of a direct current (DC) motor. The DC motor can be a range of size of its shaft diameter that can be measured. This project combined 5 phases of design to build this project. The 5 phases are encoder wheel, comparator circuit, decoder circuit, PIC16F877 microcontroller circuit, and LCD display circuit. This design can measure the speed in forward and backward rotation. Its interfaces is user-friendly and it is convenient to use it in the lab or home. This design can help lecturers or students doing their practical or research. This system has worked according to its program but still it cannot get the highest accuracy in measuring the speed of DC motor.