RFID, atau nama sebenarnya Pengenalan Frekuensi Radio merupakan suatu alat identifikasi menggunakan gelombang radio. Antara aplikasi RFID yang sedang berkembang ialah sistem pembayaran automatik. Sistem pembayaran yang efisyen perlu supaya pengguna tidak mengalami sebarang kesulitan semasa membeli-belah. Tujuan utama projek ini dijalankan adalah untuk mereka bentuk sebuah sistem pembayaran automatik menggunakan teknologi RFID untuk menjimatkan masa pengguna dan menjadikan sistem pembayaran lebih efektif. Perkakasan utama yang diperlukan untuk menghasilkan sistem ini ialah pembaca RFID, tag RFID yang mempunyai nombor identifikasi, dan antena RFID. Setiap tag berserta number identifikasi yang tersendiri akan dilekatkan pada barang-barang jualan. Pembaca RFID akan membaca data yang terdapat pada tag ketika membuat pembayaran. Komunikasi bersiri digunakan untuk menghubungkan pembaca RFID dengan komputer. Pembaca RFID diprogramkan mengikut ketetapan yang sesuai untuk membolehkannya membaca nombor identifikasi pada tag. Program grafik digunakan untuk memaparkan jumlah harga pembelian. Pegguna juga diberi peluang untuk membuat pembatalan barangan pembelian atau meneruskan pembayaran untuk memudahkan pengguna. Tempoh masa yang diperuntukan ketika menggunakan teknologi RFID dapat dijimatkan sebanyak 63.12% berbanding menggunakan sistem biasa yang diguna pakai pada masa kini iaitu sistem pengesan bar kod.
_______________________________________________________________________________________________________
RFID which is also known as Radio Frequency Identification is a kind of identification device which uses radio frequency to operate. The RFID application that is widely used is an automated payment system. An efficient payment system is needed to ease the user during shopping. The main purpose of this project is to design an automated payment system using RFID technology which can help to shorten the queue during payment hence make the payment activity become more effective. The main hardware needed for this system are RFID reader, RFID tag, and RFID antenna. Every tags with their own ID number will be attached to every items. The RFID reader will work by reading the data on the tag during payment activity. Serial communication is used as a communication between RFID reader and PC. RFID reader will be set according to the requirements so that it will be able to read the tag. A graphical user interface is used to show the detail of the cost. The user also able to make choice if they want to cancel any item after scanned or continue with payment process. The time taken during payment system using RFID technology is able to be saved by 63.12% compared to normal system currently used which is barcode scanner system.