Pencemaran merupakan suatu masalah yang tidak diberi perhatian yang penuh
pada suatu masa dahulu kerana ia tidak terlalu mempengaruhi kehidupan manusia. Sejak
kebelakangan ini, isu pencemaran sering menjadi topik perbualan hangat kerana
pencemaran telah berlaku di merata-rata tempat..
Walaupun sesetengah pencemaran merupakan kesan daripada punca-punca
semula jadi, namun sebilangan besar pencemaran merupakan kesan daripada kegiatan
manusia. Punca-punca utamanya ialah pengeluaran dari kenderaan dan kegiatan
perindustrian. Kualiti udara di kebanyakan bandar di dunia berada pada tahap yang
membimbangkan berikutan daripada penambahan besar dalam bilangan kenderaan di
jalan raya.
Oleh sebab itu kajian ini dijalankan bagi membincangkan mengenai sumbersumber
utama yang menyumbang dalam peningkatan pencemaran udara di Prai. Di
samping itu, kesan-kesan dan langkah-langkah yang patut diambil turut dibincangkan
bagi memperbaiki kualiti udara di Prai.
Laporan yang disediakan ini dapat memberi gambaran yang jelas mengenai
pencemaran udara yang berlaku di Prai, Pulau Pinang.
_______________________________________________________________________________________________________
Pollution is not a very important matter long time ago since it does not give any
big impact to human life. But it becomes to be a big issue now since there are a lot of
pollution occurred in many places.
Though some pollution comes from these natural sources, but most pollution is
the result of human activity. The main sources are vehicle and industrial emissions. Air
quality is deteriorating in most cities in the world due to a huge addition in the number of
motor vehicles on the road.
Therefore, this study is done to discuss about the main sources which contribute
to the increasing air pollution in Prai. Furthermore, the impacts and mitigation steps that
should be taken are also discussed in order to upgrade the air quality in Prai.
This report will give a good overview about air pollution in Prai, Penang.