Projek ini membincangkan tentang pembangunan sistem pengawal suhu dan kelembapan menggunakan 8 bit mikropengawal dan penderia SHT75. Mikropengawal ini adalah mikrocip yang berkuasa rendah dengan senibina AVR RISC daripada produk syarikat ATMEL dan ia boleh menerima sama ada bahasa himpunan atau bahasa C sebagai suruhan. Perisian AVR Studio 4 digunakan untuk menulis dan menyusun bahasa C atau bahasa himpunan kod tersebut sebelum dihantar kepada mikropengawal melalui pengatur cara AVRISP mkII. Selain itu, perlaksanaan reka bentuk juga penting. Perlaksanaan reka bentuk untuk projek ini mengandungi carta aliran, perisian OrCAD dan maklumat reka bentuk. Penderia SHT75 dari Syarikat Sensirion digunakan untuk mengesan kedua-dua suhu dan kelembapan. Penderia ini adalah satu penderia digital dengan sifat ciri penukar Analog-kepada-Digital. Keluaran daripada penderia itu adalah dua bait dalam nombor perduaan. Dengan pertolongan daripada mikropengawal, bacaan akhir daripada pengukuran akan ditukar kepada nombor apungan (dua tempat perpuluhan). System yang dibina telah diuji untuk mengetahui kesan gel silika terhadap kelembapan dan suhu dalam kebuk. Keputusan menujukkan sistem yang dibina adalah stabil dan boleh dipercayai. Gel silika boleh digunakan untuk mengawal kelembapan di dalam kebuk. Akhirnya, bacaan suhu dan kelembapan akan dipaparkan di HyperTerminal.
_________________________________________________________________________________________
This project is about the development of temperature and humidity control using 8 bit microcontroller and SHT75 sensor. This microcontroller is a low power microchip with AVR RISC architecture by ATMEL company product and it can accepts either assembly language or C language for instruction. AVR Studio 4 software is used for writing and compilation code C language or assembly language before it is send to microcontroller by AVRISP mkII programmer. Design implementation also important. Design implementation including flowchart, OrCAD software and design information for this project. The SHT75 sensor by Sensirion Company is used to sense both temperature and humidity. This sensor is a digital sensor with Analog-to-Digital converter feature. The output from sensor is two bytes in binary number. With microcontroller help, final reading of measurement is converted to float number (two decimal places). System is designed and tested for understanding the effect of silica gel for humidity and temperature inside the chamber. Result shows that system design is stable and reliable. Silica gel can be used for humidity control inside chamber. Finally, temperature and humidity reading will show at HyperTerminal.