Pembandaran yang pesat di Malaysia turut menimbulkan pelbagai isu-isu termasuk
jenayah. Usaha daripada pihak kerajaan bagi mengatasi masalah ini telah ditunjukkan
dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara, NKRA apabila pencegahan jenayah
merupakan diantara objektif yang ingin dicapai. Pencegahan jenayah menerusi reka
bentuk persekitaran dan struktur adalah pencegahan jenayah berdasarkan tempat yang
bertujuan untuk mencegah atau mengurangkan jenayah sebelum ianya berlaku. Kajian
ini dijalankan bagi menentukan kekerapan berlakunya jenayah berdasarkan ciri-ciri reka
bentuk alam sekitar dan struktur yang bercendorong kepada berlakunya jenayah, dan
menilai perlaksanaan kaedah pencegahan jenayah berdasarkan ciri-ciri reka bentuk
berkenaan di Universiti Sains Malaysia, Kampus Induk. Analisis kedudukan telah
dilakukan untuk menentukan kekerapan berlakunya jenyah dan ciri-ciri pada reka bentuk
alam sekitar dan struktur yang membawa kepada berlakunya jenayah dengan menyusun
nilai min bagi setiap kriteria. Berdasarkan analisis kedudukan tersebut, kajian ini
mencadangkan penambahbaikan yang mungkin boleh dilakukan dengan mencadangkan
kaedah pencegahan jenayah berdasasarkan reka bentuk alam sekitar dan struktur untuk
mengelakkan jenayah di Universiti Sains Malaysia, Kampus Induk.
_______________________________________________________________________________________________________
Rapid urbanization in Malaysia brings along a wide range of urban issues including
crime. The concern from the government regarding this matter was shown in the National
Key Result Area, NKRA when reducing crime was also included in one of the objectives.
A crime prevention through environmental and structural design is a place-based crime
prevention which aims to prevent or reduce crimes before they actually occur. This study
aims to determine the frequency of crime occurred based on the characteristic of
environmental and structural design and gauge the crime prevention measures based on
the environmental and structural design implemented at Universiti Sains Malaysia, Main
Campus. Ranking analysis was done in order to determine the frequency of crime
occurred and the characteristic on environmental and structural design that leads to the
occurrence of crime based on the characteristic of design by sorting the mean value of
each criterion. Based on the ranking analysis, this study suggested the possible
improvement by proposing a recommended crime prevention measures based on the
environmental and structural design at Universiti Sains Malaysia, Main Campus.