Penyelidikan ini mengkaji penyingkiran ammonia, ferum dan zink dengan
menggunakan zeolite dan batu kapur sebagai bahan penjerap. Sorotan literatur
menunjukkan bahawa zeolite dan batu kapur mampu menyingkirkan kation logam
berat melalui ujian kelompok. Untuk itu ujian kelompok telah dijalankan untuk
menilai keberkesanan penyingkiran ammonia, ferum dan zink dalam larut lesapan
yang diambil dari Tapak Pelupusan Pulau Burung. Masa kocakan dan enapan,
kelajuan kocakan serta campuran optimum di antara zeolite dan batu kapur ditentukan
terlebih dahulu. Keputusan mendapati bahawa masa pengoncangan dan pengenapan
yang diperolehi ialah 1 jam. Kelajuan pengoncangan optimum adalah 350 rpm,
manakala campuran optimum adalah 15 mL untuk zeolite dan 25 mL untuk batu
kapur. Percampuran batu kapur bersama zeolite dapat mengurangkan kos olahan.
Penjerapan isoterma pada campuran optimum diperolehi dengan menggunakan model
penjerapan Freundlich dan Langmuir. Nilai 1/n dan Kf untuk ferum ialah 0.5845 dan
0.00062. Untuk zink pula, nilai 1/n dan Kf ialah 1.4131 and 0.1683. Masa bulus
untuk ferum dan zink masing-masing ialah 4.28 dan 4344.33 hari pada kadar alir
460m3/hari dan isipadu column. Ujian jerapan kinetik menunjukkan bahawa jerapan
yang berlaku adalah kinetik tertib kedua di mana nilai R2 untuk ammonia, ferum dan
zink masing-masing ialah 0.9726, 0.9991 dan 0.9958.
_______________________________________________________________________________________________________
This study investigates the removal of ammonia, iron and zinc using zeolite and
limestone as adsorbents. Literature review indicated that zeolite and limestone are
capable of removing heavy metal cations through batch process. Therefore, batch
experiments were carried out in this research to determine the efficiency removal of
ammonia, iron and zinc in leachate taken from Pulau Burung Landfill Site. Shaking
and settling times, shaking speed, the optimum mixture of zeolite and limestone were
pre-determinated, respectively. Result show that the shaking and settling times were
1 hour, respectively. The optimum shaking speed was 350 rpm and the optimum
mixture between zeolite and limestone was 15 mL of zeolite and 25 mL of limestone.
Mixing the limestone with zeolite could reduce the cost of treatment. Adsorption
isotherm at the optimum mixture was determined using Freundlich and Langmuir
principle. The value of 1/n and Kf for iron was 0.5845 and 0.00062, respectively and
was 1.4131 and 0.1683, respectively for zinc. The breakthrough time for iron and
zinc was 4.28 and 4344.33 days, respectively at flow rate 460m3/day and 4.5 m3
column volume. Adsorption kinetics determination showed that it followed the
pseudo second order chemical adsorption of R2 values for ammonia, iron and zinc was
0.9726, 0.9991 and 0.9958, respectively.