Setiap tahun, ladang udang telah menghasilkan sejumlah besar air sisa kolam udang yang akan menyebabkan pencemaran air yang mampu memusnahkan hutan paya bakau atau hutan di sekitarnya. Untuk mengelakkan pencemaran air, air sisa udang mesti dirawat sebelum dialirkan ke sungai yang berdekatan, tasik atau laut. Sejak kebelakangan ini, penyelidik mendapati bahawa bulu ayam (CFF) berkesan sebagai bahan penjerap untuk merawat bahan pencemar di dalam air sisa seperti logam berat, bahan organik dan banyak lagi. Tujuan kajian ini adalah untuk menilai kebolehan bulu ayam (CFF) untuk digunakan sebagai bahan penjerap dalam merawat bahan cemar di dalam air sisa kolam udang. Sumber air sisa kolam udang adalah di Tanjung Piandang, Perak Darul Ridzuan. Sampel air sisa kolam udang dianalysis untuk mendapat ciri-ciri fizikal and kimia dengan menggunakan spectrophotometer. Bulu ayam diperolehi dari ladang ternakan ayam yang berhampiran dan ia perlu dibersihkan, dikeringkan dan dirawat menggunakan bahan kimia untuk dijadiakn bahan penjerap. Penjerap bulu ayam kemudian digunakan untuk merawat air sisa kolam udang. Selepas itu, air sisa kolam udang akan diuji kandungan keperluan oksigen kimia (COD) dan amonia nitrogen (NH3-N) untuk mendapatkan data. Bulu ayam yang belum dirawat dan bulu ayam yang telah dirawat dianalisis untuk mendapatkan komposisi kimia menggunakan VARIO MACRO cube.
_______________________________________________________________________________________________________
Every year, shrimp farm produced huge amount of shrimp pond wastewater that causes water pollution which able to destroy mangrove forest or surrounding forest. In order to avoid the water pollution, shrimp pond wastewater treatment is necessary to treat before discharge to the nearest river, lake or ocean. Recently, researcher found that the chicken feather fiber (CFF) as an adsorbent effectively remove contaminant inside the wastewater such as heavy metal, organic substance and more. The purpose of this study is to evaluate the ability of chicken feather fiber (CFF) as an adsorbent to remove contaminant from shrimp pond wastewater. The source of the shrimp pond wastewater was collected at Tanjung Piandang, Perak Darul Ridzuan. The shrimp pond wastewater sample undergoes the analysis of chemical and physical characteristic using spectrophotometer. Chicken feathers were collected from nearest poultry farm and undergo cleaning, drying and treat with chemical solution to become an adsorbent. The prepared adsorbents were used to treat the shrimp pond wastewater. Chemical oxygen demand (COD) and ammonia nitrogen (NH3-N) test were carried out and obtain the percentage of removal. The untreated and treated chicken feathers were analysed for their chemical composition using vario MACRO cube.