Projek ini melibatkan penggunaan sistem untuk menangkap nombor plat kenderaan yang bergerak dan menjalankan pengecaman terhadap imej yang doperolehi dengan menggunakan kaedah Rangkaian Neural Buatan (Artificial Neural Networks - ANN). Proses pengecaman yang dilakukan akan melibatkan penggunaan perisian NeuralWork yang boleh didapati di makmal Kawalan Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik. Perisian ini akan melibatkan rekabentuk rangkaian, proses pembelajaran dan pengujian terhadap rangkaian neural yang dibina dapat mengecam masukan nombor plat kenderaan dan akan dipadankan dengan sebuah pengkalan data yang telah disediakan bagi mendapatkan maklumat mengenai pemilik kenderaan tersebut. Projek hanya dilakukan di sekitar kawasana Kampus Kejurrteraan Universiti Sains Malaysia dan melibatkan kenderaan yang didaftarkan oleh pelajar-pelajar . Projek ini terbahagi kepada kepada dua bahagian iaitu bahagian mengecaman imej dan bahagian pengkalan data. Projek yang dijalankan akan menggunakan perisian Visual Basiv6.0 dan Microsoft Access 2000 sebagai melaksanakan dan mengaplikasikan pengkalan data yang tealg dibina.