Struktur tensegrity merupakan sistem yang boleh mengekal keseimbangan diri tanpa sokongan sistem lain. Ia terdiri dari unsur batang tertegas individu disambung dengan jaring kabel tarik di mana mereka boleh mencapai ketegangan dengan mengenakan pra-tekanan kepada sistem. Struktur tensegrity adalah struktur yang sangat sensitif dan ia hanya akan mencapai keseimbangan apabila semua kabel dikenakan tekanan. Pembinaan untuk struktur tensegrity adalah satu proses yang sangat sukar disebabkan ketidakstabilan struktur tensegrity sebelum pra-ketegangan dikenakan pada sistem. Namum, tiada dokumentasi yang membincangkan urutan pembinaan struktur tensegrity dan maklumat dari segi ini adalah terhad. Untuk mengaplikasikan kelebihan struktur tensegrity sepenuhnya dalam realiti, urutan pembinaan struktur tensegrity secara praktikal perlu dikenalpasti selapas bentuk dan pra-tekanan diperoleh dari analisis. Lapisan tunggal prisma tensegrity secara tidak teratur difokus dalam kajian ini. Kaedah pengiraan nisbah kuasa tekanan yang diperoleh dari analisis telah dikaji untuk tujuan pembinaan dengan menggunakan persamaan keanjalan dan keserasian. Kabel dipotong menjadi lebih pendek dari panjang yang didapati melalui analisis berdasarkan pemanjangan kabel yang dikira. Pra-tekanan diperkenalkan pada kabel boleh didapati melalui pemanjangan kabel. Urutan praktikal pembinaan tunggal prisma tensegrity secara tidak teratur telah dibentangkan dalam kajian ini. Model tensegrity skala besar telah dibina. Urutan pembinaan di mana kabel dan batang disambung langkah demi langkah dan pra-tekanan dikenakan untuk mencapai bentuk akhir telah dikenalpasti.
_______________________________________________________________________________________________________
Tensegrity structure is a self-balancing system where the continuous tensional cables and compressional struts are located among the cables where they could achieve rigidity through the application of pre-stressing. Tensegrity structure is a super sensitive structure and it will only achieve self-equilibrium when all the cables and struts are stressed. Construction of tensegrity structure is a very difficult process due to the highly unstable condition of tensegrity structure before pre-tension is applied. There is however limited information about actual construction sequences of tensegrity structure. In this study, a detailed study on practical construction sequences of tensegrity structure was carried out. Irregular single layer of prism tensegrity was the focus in this study. Method of force ratio calculation based on results of form-finding for construction purpose was determined by adopting elasticity and compatibility equation. Cables were designed to be shorter than length found from form-finding based on elongation calculated and forces introduced on cables were observed from elongation of cables. A practical sequence of construction of irregular single layer prism tensegrity was presented. A large scale tensegrity model was erected. A sequence whereby cables and struts were connected step-by-step and then pre-stressed to achieve the final shape was identified.