(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Electrical & Electronic Engineering >

Investigation of ultra-capacitor as alternative energy storage for uninterruptible power supply(ups)

Investigation of ultra-capacitor as alternative energy storage for uninterruptible power supply(ups) / Mohammad Irfan Adha
Bekalan Kuasa Tidak Terganggu (UPS) ialah bekalan kuasa sandaran kepada peralatan elektronik yang sensitif apabila terdapat gangguan elektrik secara tiba-tiba, lonjakan kuasa atau turun naik puncak berlaku kepada sebarang peralatan elektronik. Sistem UPS biasanya menggunakan bateri asid plumbum sebagai simpanan tenaga.. Bateri asid plumbum mempunyai ketumpatan tenaga yang rendah, caj atau kitaran cas semula yang lebih pendek, berat, saiz yang agak besar berbanding teknologi bateri yang. Ia juga mengandungi bahan berbahaya yang dapat mencemarkan alam sekitar. Sebagai alternatif, bateri Lithium Ion boleh digunakan tetapi perbelanjaan kos yang tinggi dan aspek keselamatan yang lebih tinggi diperlukan. Sebagai alternatif, untuk meningkatkan kecekapan sistem UPS, ultra-kapasitor (UCs) akan diuji sebagai alat penyimpanan tenaga alternatif untuk menggantikan bateri asid plumbum atau bateri lithium ion. UCs ialah kapasitor maju yang mempunyai ketumpatan tenaga yang lebih tinggi, saiznya yang lebih kecil, kawasan permukaan yang tinggi, pengisian cepat dan nilai kapasitansi yang tinggi. Jadi, ia menghasilkan penyimpanan tenaga yang tinggi dan jangka hayat yang lebih lama. Sistem penyimpanan UCs terdiri daripada enam kapasitor 2.7V 3.33 / 83.33 F yang disambungkan secara sesiri. Oleh itu, UCs disambungkan ke kotak UPS sebagai simpanan tenaga untuk menyalurkan kuasa sementara kepada lampu dengan tahap kuasa yang berlainan apabila bekalannya terputus. Siasatan mendapati kapasiti yang lebih tinggi di dalam UCs membuat masa sandaran lebih lama. Ini bermakna penyimpanan tenaga keseluruhan meningkat dengan peningkatan kapasitan dan voltan yang lebih tinggi. Namun, ia adalah terhad dengan beberapa parameter lain seperti beban kuasa dan beban arus. UCs dapat menghidupkan lampu 5W lebih lama berbanding lampu 70W dan 140W. Ia adalah kerana peningkatan arus beban apabila beban kuasa tinggi dan menjadikan tenaga UCs melepaskan tenaga lebih cepat. UCs juga mempunyai ketumpatan kuasa yang lebih tinggi berbanding dengan bateri asid plumbum dan menjadikannya lebih cepat untuk dicas dan nyahcas. Disimpulkan bahawa UCs ialah alternatif yang optimum kerana ia memerlukan kurang masa pengecasan tetapi masa yang cukup untuk menyokong beban dari gangguan kuasa. UCs juga dapat mengurangkan pencemaran kepada persekitaran kerana bahannya yang tidak bertoksik atau berbahaya kepada bumi. _______________________________________________________________________________________________________ Uninterruptible Power Supply (UPS) is a backup power supply to sensitive electronic equipments when there is a sudden power outage, power surge or peak fluctuation involved the electronic equipment. UPS is basically a tool that is being used in many important industries nowadays such as in communication, medical industries and data storage system. UPS system normally uses lead-acid battery as the energy storage. Lead-acid battery is known for low energy density, smaller charge or recharge cycle, heavy, bigger in size and a shorter lifespan. It also contains hazardous substances that can pollute the environment. Meanwhile, Lithium Ion batteries can be the alternatives but are high in cost and require higher safety rating. Thus, in order to increase the efficiency of the UPS system ultra-capacitors(UCs) is investigated as the alternatives energy storage for replacing the lead-acid battery or lithium ion battery. UCs is the advanced capacitor that have higher power density, smaller in size, high surface area, fast charging, high capacitance that results in higher energy storage and longer lifespan. UCs storage is made from an array of six 2.7V 3.33/83.33 F UCs connected in series. So, the UCs are connected to the UPS box as an energy storage to back up the different power ratings of lamps when the supply disconnects. The investigation found that higher capacitance UCs make the backup time longer. This means the total energy storage increased with higher capacitance and voltage ratings. However, it is limited with some other parameters such as power load and current load. The UCs backup the 5W lamp much longer compared to 70W and 140W lamp. It is because the increasing of load current when the power load is high and makes the UCs discharge energy faster. Meanwhile, UCs have higher power density compared to lead acid battery and it make them charge and discharge faster. It is concluded that the UCs is the optimum alternatives as it gives a lot faster charging time with enough time to support the load during power outage. It can also prevent our earth from hazardous and toxic material and makes our earth a better place.
Contributor(s):
Mohammad Irfan Adha - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875008644
Language:
English
Subject Keywords:
(UPS); backup; equipment
First presented to the public:
6/1/2019
Original Publication Date:
3/10/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Electrical & Electronic Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 76
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-03-10 15:19:53.203
Date Last Updated
2020-12-10 16:20:30.904
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Investigation of ultra-capacitor as alternative energy storage for uninterruptible power supply(ups)1 2020-03-10 15:19:53.203