(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Kajian kemalangan di kawasan Bandar Baharu dan Nibong Tebal

Kajian kemalangan di kawasan Bandar Baharu dan Nibong Tebal / Mohd Irwan Awang
Fenomena kemalangan jalan raya di Malaysia semakin hari semakin berleluasa. Jumlah kecederaan dan kematian akibat kemalangan jalan raya terus meningkat dari tahun ke tahun. Faktor utama yang menjadi punca kemalangan ialah kecuaian pengguna jalan raya, faktor persekitaran dan faktor kenderaan. Akibat daripada kemalangan ini, negara kita telah kerugian beratus – ratus juta ringgit setiap tahun. Kerugian ini termasuklah kehilangan nyawa, kecederaan, kerosakan kenderaan, rawatan perubatan serta kehilangan tenaga kerja. Kemajuan negara mungkin terjejas dalam tempoh jangka panjang sekiranya kejadian kemalangan jalan raya ini berterusan. Langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia ke tahap yang paling minimum. Laporan ini membincangkan tentang kajian kemalangan jalan raya di kawasan Bandar Baharu dan Nibong Tebal. Kajian ini melibatkan penganalisaan data kemalangan bagi tahun 1999 dan 2000. Kaedah makro telah digunakan dalam membuat analisis terhadap data yang diperolehi. Berdasarkan analisa tersebut, beberapa punca-punca kemalangan serta lokasi kemalangan telah dikenalpasti. _______________________________________________________________________________________________________ The phenomenon of road accident in Malaysia now days become increase. The total of injuries and death cause of road accident also become increase year by year. The main causes were believed to be the human factors, surrounding factors, and also vehicle factors. Due to the accident, our country has lost about million ringgit every year. This included the lost of life, injuries, damages to the cars, the cost of medical and treatment and also the lost of employees. It also can effect the country development in long term if the road accident is still happen. The action must be taken to decrease the road accident in Malaysia to the minimum level. This report was discussed about the accidental study in area Bandar Baharu and Nibong Tebal. The accident data for year 1999 and 2000 were use in this study. The macro method was use for analyzed the data were collected. A few of dangerous location and accident factors were defined according to this analysis.
Contributor(s):
Mohd Irwan Awang - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875000166
Language:
Bahasa Melayu
Subject Keywords:
road; accident; macro
First presented to the public:
2/1/2002
Original Publication Date:
10/26/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 75
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-10-26 15:12:55.852
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Kajian kemalangan di kawasan Bandar Baharu dan Nibong Tebal1 2020-10-26 15:12:55.852